Thursday, February 9, 2017

TATACARA SOLAT TAHAJJUD

Entri ini nukilan sahabat saya Demang Satria.

TATACARA SOLAT TAHAJJUD...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ

Segala puji bagi Allah SWT pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli maksiat. Aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bakal membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang istiqamah menuruti baginda dari masa kesemasa hingga ke hari kiamat.

Sedekahkanlah Al Fatihah kpd ibu bapa kita, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah...

بسم ٱللهِ الرحمن الرحيم

الْحَمْدُ ٱللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِين

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”
(HR Muslim ..4899)

Sahabatku kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian............

Firman Allah SWT:
"Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik." 
(al-Isra':79)

Solat Tahajjud adalah solat malam (sholatullail). Bila kita dapat senantiasa melaksanakan solat ini, nescaya kita akan selalu dekat dengan Allah Swt. dan dimudahkan segala keinginan dan hidup kita.
Solat Tahajjud juga merupakan salah satu solat sunnah yang selalu didirikan oleh Rasulullah. Solat tahajjud memiliki banyak manfaat bagi umat Islam yang selalu mendirikannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ( ke langit dunia ) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : “ Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.”
( HR Bukhari dan Muslim )

■■ Waktu Solat Tahajjud ■■

Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar. Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya. Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.

Meskipun waktu pelaksanaannya ditetapkan sejak waktu isya’ hingga subuh, namun waktu yang afdhal (waktu utama) untuk melaksanakannya adalah;

1. Sangat utama : 1/3 malam pertama ( Ba’da Isya – 22.00 )

2. Lebih utama : 1/3 malam kedua ( pukul 22.00 – 01.00 )

3. Paling utama : 1/3 malam terakhir ( pukul 01.00 – Subuh )

■■ Jumlah Raka’at Solat Tahajjud ■■

Raka’at dalam solat malam (Tahajjud) tidak dibatasi jumlahnya, tetapi paling sedikit dilaksanakan dalam 2 ( dua ) raka’at. Adapun jumlah yang paling utama adalah 11 ( sebelas ) raka’at atau 13 ( tiga belas ) raka’at, dengan 2 ( dua ) raka’at solat Iftitah dan 3 raka'at solat witir.

Tata cara (Kaifiat) mengerjakannya yang baik adalah setiap 2 ( dua ) rakaat diakhiri satu salam. Sebagaimana diterangkan oleh Rosulullah SAW :“ Shalat malam itu, dua-dua.” ( HR Ahmad, Bukhari dan Muslim ).

Menurut keterangan Said Ibnu Yazid, Nabi Muhammad SAW melaksanakan shalat malam 13 raka’at dengan tata cara sebagai berikut :
1. 2 raka’at shalat Iftitah.
2. 8 raka’at shalat Tahajud.
3. 3 raka’at shalat witir.

"Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam."
(riwayat Muslim)

Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajjud. Ini kerana tahajjud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hanya dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. Oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.

Fadillat atau faedah mengamalkannya:

☆ Mendekatkan diri kepada Allah SWT.

☆ Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.

☆ Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga, In sya Allah.

☆ Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.

☆ Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit.

■■ Kaifiat Sembahyang Tahajjud ■■

Lafaz Niat:
اُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bacaan ketika solat sunat tahajjud :

■ Pada rakaat pertama baca Surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau Surah Al-Baqarah: ayat 284-286. Surah-surah lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.

■ Pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas atau Surah Ali-Imran :ayat 18,19,26,27.

Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.

Sekian artikel tentang tatacara solat tahajjud yang benar. Semoga bermanfaat bagi kita semua terutama kaum muslim yang hendak mengerjakan sholat tahajud. Semoga dengan adanya informasi ini, dapat membuat sahabat yang baru ingin mulai melakukan solat Tahajjud dapat lebih bersemangat untuk menghidupkan malam dengan melaksanakannya.

Shadaqallahul’azhim.
والله أعلم بالصواب
Waallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)

Tak perlu minta izin untuk share posting saya.... segala ilmu yang bermanfaat memang saya izinkan untuk dikongsi bersama... semoga mendapat keberkatan dariNya..

Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. Inshaa Allah .

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Aku Bukanlah Ustaz
Bukan Juga Ulama
AKu hanyalah Hamba Allah yang sedang berusaha untuk Menjadi Hamba-NYA yang baik..
■▪Demang Satria ▪■
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللهِ وَبَرَكَاتُهُ

No comments:

Post a Comment