Sunday, February 9, 2014

Air oh air ....






Hari ini masuk hari kelima tempat saya tiada air..katanya penyelenggaraan rutin...kesihan kena angkut air dari tangki yang disediakan oleh Syabas...


National Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah, Pahang


Selepas ke Deerland, kami terus ke Pusat Konsevasi Gajah Kebangsaan yang tidak jauh dari Deerland. Sebenarnya kami dah kesini sebelum ke Deerland, tapi kerana semua aktiviti bermula lepas jam 1.00 petang, kami ke Deerland dahulu. 

Pengunjung boleh melihat video mengenai pemindahan gajah. Masuk ke pusat ini adalah percuma. Hanya perlu mendaftar dan diberikan stiker. Tetapi untuk aktiviti memandikan gajah, perli membayar RM30 untuk seorang guide dan RM 10 seorang untuk memandikan gajah. 

Pengunjung boleh membeli makanan untuk diberi kepada gajah iaitu kacang dan tebu....juga ada pertunjukan oleh enam ekor gajah. Tetapi aksi mereka ini adalah untuk pembelajaran bukan macam pertunjukan gajah sarkas....







 











Gajah-gajah peliharaan ini memang suka mandi. Setelah dikeluarkan dari tempatnya enam ekor gajah dibawa oleh pekerja ke sunghai mandi. Lihatlah aksi mereka mandi bersama dengan penjaganya....
















Akhir sekali, acara yang ditunggu-tunggu iaitu memandikan anak gajah. Dua ekor anak gajah dibawa kesungai dan setiap ekor ada empat orang pelancong memandikannya. Lihatlah aksi-aksi memandikan gajah....kena mandi pun ada...










Wednesday, February 5, 2014

Bercuti di Deerland, Lanchang Pahang

Dalam perjalanan balik dari Kota Bharu Kelantan, kami singgah tidur di Temerluh. Asalnya nak ke Bukit Gambang, tapi orang terlalu ramai dan sudah penuh, jadi kami tukar rancangan...

Kami ke Deerland, Lancang Pahang. Tempat ini memang sesuai untk dilawati pada musim cuti terutama jika membawa anak-anak. Diusahakan oleh orang perseorangan yang katanya untuk memenuhi hobi.



Tiket masuk untuk 4 orang hanya RM 22 termasuk satu kupon makanan binatang bernilai RM 10. Murah sangat.

Tarikan utama tempat ini sudah pastilah rusa, nama pun Deerland kan...





Siap boleh bagi makan lagi....kacang panjang..







Binatang lain pun ada juga.....