Thursday, March 8, 2018

PSD reminds civil servants of loyalty pledge to government


Bernama
11:08 am (Updated 25 Feb 2018, 5:12 pm)

Civil servants should discharge their responsibilities as members of the civil service with undivided support to the government and country based on the principles of the pledge of loyalty and integrity when they first joined the service.

Public Service Department director-general Zainal Rahim Seman said the “Aku Janji” should serve as a reminder for civil servants to always realise at all times that they should remain loyal to the Yang di-Pertuan Agong, the government and the country as required under Regulation 4(1) of the Public officers regulations (Conduct and Discipline) 1993.

He said civil servants should appreciate the existing government for the various improvements it had made in the public service sector.

The government, under the leadership of Prime Minister Najib Abdul Razak, he said, had announced various benefits for civil servants, such as salary increase, promotion, implementation of special leave, leave for performing the umrah, maternity leave and the special payment of RM1,500.
"Malaysia is a country with very good planning and policies. We started with the five-year Malaysia Plan, encompassing the transformation framework initiative under the Government Transformation Programme and the Economic Transformation Programme, and have never left out the transformation of the civil service,” he told the media at a meeting at his office here recently.

According to Zainal, the Malaysia Plan was looked up high and praised by other countries which regarded the five-year plan as inclusive, holistic and leading towards sustainable development and economic growth.

"Why do we have such a framework, it is because we want to mould the people into responsible citizens. We have to remember that we play two roles, first as members of the civil service, and secondly, the citizens of the country.

"As citizens, we want a government that has given us something, like education, financed by the government, and enjoyed facilities financed by the government,
“So, we have to be sincere and be grateful for what we have obtained today,” he said, adding that the government always strived to do the best for the people.

Although some quarters have a different opinion, he said, civil servants should think of the efforts made by the government in ensuring the interests of the people in the country were protected.

"For the past 60 years, we have upheld our independence with pride. Since 1511, we were colonised and when we got our independence in 1957, our leaders drew up the five-year plan and today, it has been proven with our economic growth at an average of 5.9 percent.

"Do we want to destroy it in a blink of an eye.

"Our children and grandchildren, and their grandchildren need a country, so what are we going to leave them with. Don’t destroy the country’s future,” he said.

On the issue of integrity and corruption among civil servants, Zainal called on members of the public service to make integrity, honesty and sincerity as the pillar of their self-development and personality, as well as to reject corruption in order to have a professional and dynamic service.

"Corruption and power abuse give a very negative implication on oneself, family and the society. So, whatever the rules, civil servants have to hold to the principles of sincerity, honesty, prudent, integrity and caring,” he said.

On the chances of graduates joining the public service sector, Zainal said the opportunities were available for fresh graduates with nearly 40,000 government staff retiring every year.

"This indirectly means that every year, there is new recruitment of staff to serve with the government. Every year, they are people resigning, asked to resign early due to ill health, death and reduces the size of the public service to 1.6 million staff. These posts need replacements.

"So, the perception by some quarters that the government no longer makes new recruitments is a lie, since every year, there is an intake of employees for the government service. This is what is said by transformation of governance for human resources,” he said.

- Bernama

INTEGRITI CEMERLANG NEGARA GEMILANG



INTEGRITI CEMERLANG NEGARA GEMILANG

Oleh

Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi


1.          PENDAHULUAN

Dalam keadaan biasa, kebanyakan manusia lebih suka kepada ketenteraman, keamanan, keseronokan, kelazatan atau pun kebahagiaan. Jarang-jarang sekali manusia biasa itu suka kepada peperangan, pembunuhan, kekacauan, porak peranda dan sebagainya, seolah-olah keadaan yang negatif ini tidak secocok dengan keadaan semula jadi manusia itu sendiri.

Jika kita tinjau dari apa yang diusahakan oleh manusia berzaman, mereka telah berusaha ke arah meningkatkan mutu hidup mereka. Mereka membina perahu atau kapal untuk belayar mencari kekayaan, mencipta berbagai alat seperti kompas, telefon, jentera dan lain-lain yang membantu memudahkan lagi kehidupan mereka.

Segala usaha ini menunjukkan bahawa manusia itu tidak suka kepada kesukaran tetapi lebih suka kepada kesenangan dalam hidup.


Bagi mereka yang miskin, mereka hidup dalam semampunya, bukan kerana suka tetapi kerana terpaksa. Tetapi jika orang yang miskin menjadi kaya, sudah tentu mereka tidak lagi hidup seperti mana mereka miskin dahulu. Mereka akan mengubah cara hidup mereka dan akan mula sukakan kehidupan seperti orang kaya juga. Ini juga membuktikan bahawa manusia itu lebih suka kepada kesenangan dan kemudahan daripada kepahitan atau kesempitan.

Sekiranya semua manusia, berusaha ke arah mencapai kesenangan dan kebahagiaan tanpa mencerobohi hak atau milik orang lain, sudah tentu semua manusia akan hidup aman damai. Tidak ada peperangan atau pencerobohan ataupun penjajahan.

Masalahnya ialah, sudah bertubi-tubi kali kita perhatikan tercetus peperangan di sana sini. Sekurang-kurangnya berlaku keganasan, pembunuhan, kekejaman yang berterusan, seolah-olah tidak ada satu detik pun yang menyaksikan keamanan di seluruh dunia. Ada sahaja sesuatu yang berlaku di atas muka bumi yang semuanya disebabkan oleh manusia jua.

Dalam beberapa bulan yang lalu pun kita sudah agak bingung membaca akhbar tentang keganasan, pencerobohan, penipuan, rompakan yang amat mengerikan lagi membencikan telah berlaku. Kadang-kadang kita terfikir mengapa ada manusia yang sanggup berlaku sekejam itu. Hakikatnya, perkara yang sekejam itu sememangnya berlaku.

Sukar bagi kita merasa aman damai walau pun di hadapan rumah sendiri, kerana kita ketahui bahawa pada bila-bila  masa kita boleh diserang oleh orang yang kita tidak kenali atau pun yang kita kenali.

Mungkin kita ingin mengetahui mengapakah ada manusia yang bersifat seperti itu? Apakah masalah yang mereka hadapi, kalau pun boleh dikatakan masalah. Tidakkah mereka terasa bersalah atau menyesal melakukan perkara yang buruk seperti itu? Mungkin juga sesudah itu kita ingin tahu juga bagaimana boleh kita membendung masalah seperti ini. Adakah formula yang cukup berkesan untuk kita menggunakan supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman sentosa? Saya rasa sudah tentu ada banyak lagi persoalan yang boleh kita fikir dan kemukakan. Yang penting ialah apakah jawapannya yang sebenar.

 2.     SIFAT MANUSIA SEMULA JADI2 

Manusia dijadikan daripada tanah supaya serasi dengan kehidupan di bumi. Tidak ada makhluq lain yang lebih hebat dari manusia dari segi sifat semula jadinya. Selain daripada tanah, ia juga mempunyai roh yang memberikan nafas atau kuasa bergerak, beraqal, bernafsu dan berperasaan. Tanpa roh ini, manusia itu adalah mayat. Hanya dengan roh manusia itu dianggap sempurna kerana roh inilah yang menghidupkan segala sel dan organ di dalam jasad tadi.

Roh adalah makhluq (kejadian Tuhan) berbentuk benda (substance) dan mempunyai asal usul yang sama dengan malaikat. Ia merupakan bahagian utama (core) bagi manusia kerana ia dijadikan semasa percantuman (benih) berlaku di dalam rahim dan akan terus hidup tanpa mati. Dalam lain perkataan, roh mempunyai permulaan tetapi tidak ada kesudahan.

2 Bahagian ini diambil dari penulisan Imam Al-Ghazali, khususnya dari Muhammad Abul Quaseem, The  Ethics of al-Ghazali – A Composite Ethics in Islam, 1975


Oleh yang demikian, roh dianggap bersifat kemalaikatan (baik) sedangkan jasad ini bersifat kehaiwanan yang perlu kepada makanan, minuman dan lain-lain yang berbentuk fizikal. Oleh itu manusia yang lebih mirip kepada melayani rohnya akan merindui kehidupan cara malaikat dan sebaliknya, mereka yang mirip kepada melayani jasad (yang penuh dengan nafsu) akan merindui kehidupan cara haiwan juga. Inilah antara sebab mengapa manusia harus berada di perantaraan atau hidup dalam keadaan sederhana (antara malaikat dan haiwan atau manusia sebenarnya).

Perhubungan antara roh dan jasad adalah seperti tuan dan hamba. Roh itu akan memerintah jasad dan jasad biasanya terpaksa turut apa yang dikehendaki oleh roh. Jasad merupakan wahana (vehicle) untuk roh menggunakannya bagi memuaskan atau membentuk dirinya, sifat atau kelakuannya, sikapnya dan tabiatnya. Dari itu adalah jelas bahawa roh menggunakan jasad untuk menyediakan dirinya supaya sesuai dengan keadaan asalnya yang datang dari alam roh. Maka apabila manusia itu meninggal dunia, roh itu akan meninggalkan jasad tadi seolah-olah untuk balik ke alamnya sendiri. Walau pun roh perlukan jasad untuk membentuk dirinya, sikapnya dan tabiatnya, namun roh itu sendiri tidak bergantung kepada jasad, tetapi sebaliknya jasad yang bergantung kepada roh.

Untuk membolehkannya menggunakan jasad, ia harus bercantum dengan jasad. Titik percantumannya ialah di jantung (hati) yang merupakan saluran pertama bagi roh menggunakan jasad secara bebas. Selain daripada membantu roh sebagai wahananya, jasad juga amat berguna kepada roh kerana kemampuannya untuk menimba ilmu dan mengambil tindakan yang sesuai. Oleh itu, setiap anggota dalam jasad menjadi pembantu kepada roh. Ada pembantu yang boleh dilihat atau dipegang seperti tangan, kaki dan semua anggota  lain yang berada di luar dan di dalam jasad itu.

Ada pula pembantu yang tidak boleh dilihat yang terdiri daripada tiga jenis. Pertama yang menjadi punca kepada sebarang niat dan dorongan (motive and impulse); niat untuk mendapatkan sesuatu yang berguna dinamakan kehendak (desire) dan niat untuk menjauhkan diri dari sesuatu yang berbahaya atau merosakkan dinamakan marah (anger).

Kedua, kuasa (power) yang menggerakkan anggota seperti tangan dan kaki ke arah yang jauh dari merbahaya. Kuasa ini terdapat di seluruh anggota khususnya di otot dan saraf.

Ketiga, kemampuan untuk memahami, melihat atau menggambarkan (that which perceives). Jenis ini pula ada dua bahagian. Pertama, ialah lima panca indera dan yang kedua adalah lima jenis kuasa yang terletak di lima bahagian otak kita. Lima kuasa ini ialah mengkhayal (imagination), menghafal (retention), memikir (reflection), mengingati (rememberance) dan penggambaran (representation). Semua kuasa dan keinderaan (senses) ini juga terdapat dalam haiwan. Bagi manusia pula ada satu lagi kuasa iaitu kuasa ilmu atau ‘akal’. ‘Akallah yang memahami realiti kehidupan di dunia dan juga di akhirat yang tidak boleh difahami oleh keinderaan. Ia juga boleh mengetahui hasil sesuatu tindakan.

Walau pun roh dan jasad itu adalah dua entiti yang berbeza, namun roh mempengaruhi jasad mengikut cara berikut : setiap tindakan itu akan menghasilkan sesuatu kesan kepada roh, sekiranya ia dilakukan secara sengaja. Kesan ini akan membentuk suatu keadaan atau kualiti dalam roh. Selepas tindakan yang sama diulangi beberapa kali, kesannya terhadap roh akan bertambah dan akhirnya akan menjadi sebati. Suatu tindakan yang dilakukan secara tidak sengaja tidak akan memberi apa-apa kesan kepada roh. Oleh kerana sesuatu tindakan oleh jasad akan mempengaruhi roh, maka roh juga akan mempengaruhi jasad. Jika sesuatu kualiti sudah sebati di dalam roh, maka tindakan oleh jasad yang sepadan dengan kualiti yang sebati dalam roh tadi akan dilakukan oleh jasad. Kesediaan atau keengganan jasad melakukan sesuatu tindakan itu akan bergantung kepada betapa kuat atau lemahnya kualiti dalam roh tadi.

Al-Ghazali menambah bahawa sesuatu kebaikan itu akan mencipta sesuatu kesan kepada roh. Kesan ini akan disukai oleh roh atau menyukakan atau memuaskan roh itu. Maka kesan ini akan menyebabkan jasad mengulangi kebaikan tadi dan dengan itu kesan kepada roh juga akan bertambah. Apabila kesan kepada roh bertambah ia akan mendorongkan jasad mengulangi lagi kebaikan itu dan seterusnya. Lama kelamaan, kesan tadi akan menjadi suatu kualiti dalam roh yang sebati. Al-Ghazali yakin bahawa teori ini boleh melatih seseorang itu untuk menjadi baik atau suka beribadat, menolong orang, dan sebagainya.

Apakah pula unsur-unsur yang ada pada manusia yang membolehkannya menjadi baik atau gemilang integritinya?  Bilakah dia dijadikan dan apakah pula kesan kepada kelakuan dan tabiat manusia? Untuk itu mari kita cuba fahami unsur-unsur yang terdapat dalam diri manusia.



3.     UNSUR-UNSUR DALAM DIRI MANUSIA

Dalam diri manusia ada beberapa unsur asas yang menentukan sifatnya. Sifat-sifat inilah pula yang menghasilkan atau mengeluarkan tindakan fizikal oleh anggotanya dan juga kualiti mindanya. Unsur-unsur ini dijadikan sebati dengan diri manusia itu sehingga mustahil seseorang itu membebaskan diri dari pengaruhnya, kecuali mungkin dari pengaruhnya yang jahat melalui usaha dan perjuangan moral. Setiap unsur tadi mempunyai kesan tersendiri terhadap diri atau sifat manusia. Oleh kerana ada empat jenis unsur ini, maka ia memberi empat jenis kesan terhadap diri manusia. Empat unsur ini tidak pula dijadikan pada masa yang sama, tetapi ia akan muncul pada peringkat umur yang berlainan, satu persatu.

Pertama ialah unsur kehaiwanan iaitu kehendak (desire) atau shahwa. Tujuannya ialah untuk memastikan supaya jasad manusia itu berada dalam keadaan sihat dan golongan manusia akan berterusan di muka bumi. Ia bertanggungjawab atas kualiti kehaiwanan dalam manusia seperti makan, tidur dan bersatu.

Kedua ialah unsur kebinatangan (bestiality) iaitu kemarahan (anger). Tujuannya adalah untuk menjauhkan diri dari apa juga yang boleh menyakitkan atau merosakkan jasad. Oleh keranan unsur ini, manusia mempunyai sifat ganas seperti binatang buas, iaitu dengki, ganas, bergaduh, dll. Jika tidak terkawal, kedua-dua unsur ini  boleh merosakkan moral kita.

Bagi sesetengan orang, kualiti atau unsur ini dijadikan agak sederhana dan ini dianggap sebagai pengurniaan Tuhan kepadanya.

Ketiga, iaitu setelah sampai umur yang boleh membezakan antara yang kotor dan bersih (tamyiz) atau dalam lingkungan tujuh tahun, unsur kesyaitanan (diabolic) dijadikan. Ia akan menggunakan kemampuan untuk membezakan antara yang kotor dan bersih tadi bagi mencari jalan yang tidak baik atau salah dan untuk memuaskan unsur kehendak dan marah melalui penipuan dan pengecohan (tidak jujur). Unsur inilah yang bertanggungjawab untuk menjadikan manusia itu bermusuhan, memimpin orang kepada kejahatan, menunjuk-nunjuk, sombong, bongkak, dan sebagainya. Unsur ini agak berkurangan bagi orang yang dijadikan dengan unsur kehendak dan marah yang sederhana. Selain daripada unsur ini, ada juga iblis yang sentiasa menghasut manusia untuk menjadi jahat.

Keempat, ialah unsur keutuhan (rabbaniyah), punca bagi segala kualiti yang baik seperti suka memuji, sayang, cintakan ilmu. Unsur ini telah dijadikan ketika roh itu dicipta, tetapi hanya akan mula menjelma selepas tujuh tahun. Al-Ghazali pernah menyatakan wujudnya suatu unsur lagi iaitu ‘akal, tetapi ‘akal ini pula dianggap satu dari sifat keutuhan. ‘Akal juga telah dijadikan semasa roh dicipta tetapi mula menjelma semasa unsur keutuhan menjelma, menjadi lebih matang di waktu baligh dan mencapai kebijaksanaan pada umur 40 tahun.

Konsep empat unsur yang terdapat dalam roh yang dipelopori oleh Al-Ghazali ini mempunyai kaitan yang amat rapat pula dengan teori beliau mengenai fakulti roh atau kuasa roh itu. Walau pun ahli falsafah Greek berbeza pendapat tentang bilangan fakulti yang ada pada roh, namun Plato percaya ada tiga sahaja dan kebanyakan dari ahli falsafah Islam menerima pandangan itu. Tetapi Al-Ghazali menambahkan satu lagi menjadi empat semuanya, iaitu fakulti kehendak, fakulti marah, fakulti ilmu iaitu ‘akal dan fakulti keadilan antara tiga fakulti tadi. Fakulti keadilan adalah tambahan yang dibuat oleh Al-Ghazali, kepada tiga fakulti yang lain.

Al-Qur’an dan hadith menggunakan istilah hawa atau perasaan yang kuat atau passion dalam bahasa Inggeris apabila merujuk kepada fakulti kehendak dan fakulti marah. Kedua-dua fakulti ini dikenali juga sebagai roh yang bersifat jasad (cornal souls atau nafs). Walaupun ia itu dicipta di dalam manusia untuk faedah atau manfaatnya sendiri, tetapi kedua-duanya adalah punca segala kejahatan yang sentiasa perlu dibendung.

Antara sebab al-Ghazali menambahkan fakulti keadilan ialah untuk menyeimbangkan kuasa hawa iaitu fakulti kehendak dan fakulti marah dengan fakulti ilmu iaitu ‘akal yang menimbangkan sesuatu itu berdasarkan syariah. Fakulti kehendak dan fakulti marah itu selalu melampaui batasan, suka memberontak dan tidak rasional. Tambahan pula ia sentiasa mudah dirasuk oleh syaitan. Itulah sebabnya Al-Ghazali menamakan mereka sebagai agen syaitan (hizb asy syaitan). Fakulti ilmu itu atau ‘akal pula mengetahui batasan dan akibat sesuatu kejahatan. Tugasnya adalah untuk menentukan supaya  hawa itu tidak melampaui batas. Itulah sebabnya ia dipanggil oleh Al-Ghazali sebagai agen Allah (hizb Allah). Tetapi fakulti ilmu pula tidak begitu kuat jika dibandingkan dengan fakulti kehendak dan fakulti marah kerana kedua-duanya telah menjelma lebih lama dan telah pun mengalami kelazatan hidup lebih awal lagi. Oleh itu kita perlukan satu lagi fakulti, iaitu fakulti keadilan yang bertugas untuk menyeimbangkan ketiga-tiga fakulti tadi. Al-Ghazali juga menegaskan bahawa keadilan itu sendiri adalah salah satu kebaikan yang harus oleh manusia, tetapi dalam masa yang sama dia juga dianggap sebagai fakulti keempat.

4.          TABI’AT YANG BAIK DAN HUKUM KESEDERHANAAN

Keempat-empat fakulti yang dijelaskan di atas akan bertarung dalam jiwa manusia. Sekiranya fakulti kehendak dan marah dapat dibendung oleh ‘akal yang dibantu oleh fakulti keadilan, maka orang itu akan melakukan kebaikan. Sebaliknya jika fakulti kehendak dan fakulti marah itu pula tidak dapat dibendung oleh fakulti ilmu yang dibantu oleh fakulti keadilan, maka orang itu akan melakukan kejahatan. Apa yang juga penting difahami ialah adakah seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan atau kadang kala sahaja ia melakukan kebaikan dan kadang kala kejahatan pula. Jikalaulah ia selalu melakukan kebaikan, maka sudah tentu ia akan dianggap sebagai seorang yang baik. Begitulah sebaliknya jika ia selalu melakukan kejahatan maka ia akan dianggap sebagai seorang yang jahat. Soalnya mengapakah ada manusia yang selalu melakukan kebaikan dan ada pula yang selalu melakukan kejahatan dan ada yang melakukan kejahatan bercampur dengan kebaikan?

Sekiranya seseorang itu selalu melakukan kebaikan, ini  bermakna bahawa ia sentiasa berjaya membendung hawa nafsunya. Mengikut Al-Ghazali, orang seperti ini mempunyai tabi’at yang baik, iaitu suatu keadaan jiwa yang akan menghasilkan tindakan atau kelakuan yang baik tanpa perlu sebarang pertimbangan atau perhitungan. Iaitu tindakan yang dilakukan itu seolah-olah secara otomatik adalah baik.

Sebaliknya, jika seseorang itu selalu melakukan kejahatan, ini juga bermakna bahawa ia sentiasa gagal membendung hawa nafsunya. Maka orang seperti ini mempunyai keadaan jiwa yang selalu menghasilkan tindakan atau kelakuan ke arah kejahatan perlu sebarang pertimbangan atau perhitungan. Orang ini akan melakukan kejahatan seolah-olah secara otomatik juga.

Keadaan ketiga ialah orang yang kadang kala melakukan kejahatan dan kadang kala pula melakukan kebaikan. Orang seperti ini mempunyai suatu keadaan jiwa yang tidak menentu. Kadang-kadang ia mampu membendung hawa nafsunya dan kadang kala tidak pula mampu membendung hawa nafsunya. Orang seperti ini sudah tentu belum ada suatu keadaan jiwa yang menentu dan tidak boleh dijangka apa yang akan dilakukan.

Orang yang pertama tadi dikatakan mempunyai tabi’at yang baik yang kedua pula ialah orang yang mempunyai tabi’at yang tidak baik. Orang yang ketiga belum boleh dikatakan mempunyai tabiat yang baik mahu pun tidak baik.

Dari tiga jenis contoh ini, kita boleh memahami bahawa tabi’at itu sendiri merupakan satu keadaan jiwa yang akan menyebabkan sejenis tindakan dilakukan oleh anggota jasad. Jikalaulah keadaan jiwa itu baik maka tindakan yang akan dilakukan adalah baik. Jika keadaan jiwa itu tidak baik, maka tindakan yang akan dilakukan juga adalah tidak baik. Sekiranya tindakan yang dihasilkan oleh jiwa itu adalah baik, maka orang itu dianggap mempunyai tabi’at yang baik. Sebaliknya, jika tindakan yang dilakukan oleh anggota badan itu tidak baik, maka jiwa itu dianggap mempunyai tabi’at yang tidak baik.

Dua syarat yang menentukan seseorang itu mempunyai tabi’at yang baik atau tidak baik ialah: pertama, tindakan yang dilakukan adalah selalu sama sahaja, bukan sekejap baik dan sekejap tidak baik. Kedua, tindakan itu mestilah secara spontan dan mudah dilakukan. Tanpa dua syarat ini, orang itu belum lagi boleh dikatakan sudah mempunyai tabi’at, sama ada baik atau tidak baik.
Tabi’at yang baik ini sebenarnya adalah hasil dari interaksi empat fakulti yang terdapat dalam jiwa atau roh manusia. Al-Ghazali telah menggariskan bahawa setiap fakulti akan menjelmakan satu kebaikan sekiranya dilakukan pada taraf sederhana. Fakulti kehendak akan menjelmakan  kemampuan membendung hawa nafsu jika dilakukan pada taraf sederhana. Fakulti marah pula boleh menghasilkan keberanian, fakulti ilmu akan menghasilkan kebijaksanaan dan fakulti keadilan akan menghasilkan keadilan. Sekiranya mana-mana fakulti ini bergerak ke arah keterlaluan, iaitu sama ada terlalu lebih atau terlalu kurang, maka tiap-tiap satunya akan menghasilkan keburukan. Misalnya, bagi fakulti kehendak, jika terlalu kurang, maka ia akan binasa kerana ia menafikan segala keperluan makan, minum, tidur, dll. Begitu juga jika terlalu lebih kehendaknya, ia akan menjadi tamak, haloba, menunjuk-nunjuk, kedekut, dll. Bagi fakulti marah pula, jika terlalu marah, ia akan menjadi gopoh, sombong, bongkak, dll. Sekiranya tidak marah langsung, ia akan menjadi penggecut, tidak sabar, hilang kehormatan diri, dll. Bagi fakulti ilmu atau ‘akal pula, jika terlalu kurang, ia akan menjadi bodoh. Sebaliknya, jika terlalu lebih, ia akan menjadi jahat, menipu, membohong, mencari helah, dll. Akhirnya, bagi fakulti keadilan pula, sama ada ia terlalu kurang atau terlalu lebih, ia akan menjadi zalim. Ini adalan kelebihan fakulti keadilan. Sebagai suatu kebaikan, ia adalah suatu keadaan yang mutlak. Iaitu, sama ada adil atau zalim. Tidak ada di antara keduanya. Oleh yang demikian, jika keempat-empat fakulti ini berada di tahap keterlaluan, maka tujuh jenis keburukan akan berlaku.



Sila lihat jadual berikut :

FAKULTI
TERLALU KURANG
SEDERHANA
TERLALU LEBIH
Kehendak
Menafikan segala kehendak
Kesederhanna, murah hati, sabar, rendah diri, syukur, suka menolong, dll
Tamak, haloba, tidak malu, menunjuk-nunjuk, kedekut, dll
Marah
Pengecut, tidak sabar, hilang kehormatan diri
Berani, mengawal diri, sabar, dll
Gopoh, sombong, bongkak
Ilmu
Bodoh
Bijaksana, pandai mengurus, cerdik, pintar, pendapat yang baik
Jahat, menipu, mombohong, mencari helah
Keadilan
Zalim
Adil
Zalim

Dari jadual di atas, keburukan yang disenaraikan itu tidaklah lengkap. Ia hanya memberi contoh sahaja dan akan berlaku bergantung kepada berapa jauhkah kita dari peringkat sederhana atau di tengah-tengah. Apabila kita tergelincir sahaja kita akan berada di kawasan yang buruk. Lebih jauh kita berada dari garisan pertengahan atau kesederhanaan, lebih buruklah keburukan itu.



5.          INTEGRITI DAN AKIBATNYA

Tabi’at yang baik itu sudah pastinya datang dari roh atau jiwa yang baik. Ini bermakna bahawa kita tidak boleh mengharapkan seseorang itu untuk menjadi baik tanpa menjadikan jiwanya baik. Dalam lain perkataan, masalah kebaikan tabi’at seseorang adalah suatu masalah dalaman atau masalah jiwa atau roh. Ia bukan boleh dibuat-buat atau dilakonkan. Ia adalah sesuatau yang genuine, sesuatu yang benar dan sesuatu yang sama tidak kira tempat mahu pun masa. Hanya jika seseorang itu sama sahaja kelakuan dan perangainya di hadapan mahu pun di belakang kita, barulah kita boleh percaya yang ia adalah seorang yang baik.

Integriti sebenarnya berasal dari istilah Inggeris yang mungkin tidak ada terjemahan yang tepat dalam bahasa Melayu. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa, DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

Kalau kita bayangkan maksud integriti ini, kita dapati ia begitu positif sekali. Seperti tabi’at lain, integriti juga merupakan sesuatu yang berasal dari roh yang baik. Ia datang dari dalam jiwa seseorang dan bukan boleh dilakonkan atau diperolokkan.

Sudah tentulah integriti merupakan suatu tabi’at yang sangant baik. Apatah lagi jika integriti ini gemilang.

Antara manusia yang gemilang integritinya ialah Sayyidina Umar Ibni Abdul Aziz, iaitu Khalifah pada tahun 99 hingga 102 Hijrah. Ia telah diangkat sebagai Gabenor di salah sebuah jajahan empayar Islam sewaktu umurnya masih muda lagi, mungkin dalam lingkungan awal tiga puluhan sahaja. Tetapi malangnya, apabila melaporkan bahawa seorang Gabenor lain tidak jujur dan makan rasuah, Khalifah yang kurang siasat itu telah memecat beliau kerana dikatakan menabur fitnah. Ia terima hukuman dan menjadi rakyat biasa sahaja.

Walau pun demikian, beliau telah tidak berbuat apa-apa kecuali menjalankan hidup seperti rakyat biasa sahaja. Dengan kuasa Allah ( s.w.t ) apabila Khalifah yang sudah berumur jatuh sakit dan jelas akan meninggal dunia tidak berapa lama lagi, beliau telah cuba melantik salah seorang anaknya untuk menggantikannya. Namun, ia tidak berjaya semata-mata kerana anak-anaknya masih belum belasan tahun dan mempunyai tubuh yang kecil belaka. Oleh yang demikian Khalifah ini telah meminta nasihat daripada Ketua Pentadbir (Perdana Menteri) dan hanya nama Sayyidina Umar Ibni Abdul Aziz yang dicadangkan semata-mata kerana integritinya yang gemilang. Khalifah tua ini bersetuju dengan cadangan Perdana Menterinya kerana ingin membuat perjanjian denga Khalifah yang bakal menggantikanya supaya melantik anaknya apabila sampai masanya. Untuk itu, ia perlulah melantik seorang pengganti yang berintegriti.

Kerana mempercayai Perdana Menterinya, Sayyidina Umar pun dicalonkan dan dilantik apabila Khalifah tua ini meninggal dunia. Pada hari Khalifah tua ini dikebumikan, Sayyidina Umar telah menghantar jenazah ke kubur. Semasa ia hendak balik dari kubur, datang seorang membawa sebuah kereta kuda baru yang ditarik oleh dua ekor kuda yang belum pernah ditunggangi oleh orang lain. Orang ini telah disuruh oleh Perdana Menteri untuk menunjukkan Sayyidina Umar kenderaan yang disediakan untuknya sebagai Khalifah baru. Sayyidina Umar enggan menunggangi kereta kuda baru itu. Sebaliknya ia bertanya, siapakah gerangan orang yang membawa kereta kuda itu, mengapakah kereta kuda disediakan untuknya dan sebagainya. Lalu dijawab bahawa beliau adalah salah seorang pekerja istana Khalifah tua yang telah diarahkan untuk membawa Khalifah baru balik dengan menunggangi kereta kuda baru. Ini juga merupakan cara menghormati Khalifah baru. Mereka berhak mendapat kereta kuda baru yang ditarik oleh dua ekor kuda yang belum ditunggangi manusia lain.

Sayyidina Umar bertanya lagi, “Dari manakah kamu mengambil wang untuk membeli kereta dan kuda-kuda ini ?” Jawabnya, “Dari Baitul Mal”. Terus ia perintahkan supaya orang itu menjualkan kereta kuda dan kudanya sekali dan pulangkan wang itu ke Baitul Mal. “Kuda yang saya tunggangi ini memadai untuk saya. Tidak payahlah kita gunakan wang Baitul Mal untuk saya”.

Apabila ia sampai ke pekan, keluarga Khalifah tua masih lagi berada di rumah rasmi Khalifah. Keluarga Khalifah tua diperintahkan keluar serta merta oleh pegawainya, untuk membolehkan Khalifah baru berpindah. Apabila Sayyidina Umar mengetahui hal ini, ia terus menyuruh keluarga Khalifah tua tinggal terus di rumah rasmi sehingga dapat rumah yang sesuai. Beliau sendiri mendirikan khemah sementara beberapa minggu sehinggalah keluarga Khalifah tua itu berpindah.

Antara perkara yan dilakukan selepas itu ialah mengambil balik tanah yang telah dikurniakan kepada pegawai tinggi kerajaan kerana katanya mereka tidak layak menerimanya semata-mata kerana mereka rapat dan baik kepada Khalifah. Beliau sendriri memulangkan kepada kerajaan semua tanah kurniaan yang telah diterima semasa menjadi Gabenor dahulu.

Kedua, beliau telah memecat pegawai tinggi yang makan rasuah, tidak berkesan, tidak layak, sehingga ramai di antara mereka cuba memberontak kerana tindakan beliau yang sangat tegas itu.

Beliau sentiasa memberi masa kepada sesiapa sahaja yang ingin berjumpa beliau untuk mengemukakan masalah.

Beliau telah memerintah atas dasar keadilan, ihsan, jujur dan benar, sebagai contoh, seorang pegawainya telah datang mengadu, “Wahai Khalifah, saya dapati ada suatu kumpulan orang yang sedang mengadakan majlis minuman keras” Beliau menjawab, “Pukul setiap orang 80 rotan”. Pegawai itu menambah, “Ada seorang diantara mereka yang tidak minum kerana ia sedang berpuasa”. Beliau menjawab, “Mulakan dengan yang berpuasa itu. Tidakkah kamu ingat tentang ayat al-Qur’an yang bermaksud ‘orang yang memperolok-olokan ayat Allah …. Dialah yang lebih besar dosanya’’’.

Beliau tidak pula ingin membuang masa, khususnya diwaktu malam, kerana itu adalah masanya untuk beribadat kepada Allah (s.w.t).

Semasa beliau mengambil tampuk kerajaan, Negara dalam keadaan porak peranda, yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin menderita. Negara juga dalam keadaan ekonomi yang genting kerana wang di Baitul Mal tidak mencukupi untuk pentadbiran Negara.

Tetapi, semasa beliau memerintah selama tidak lebih dari dua tahun setengah sahaja, beliau telah mampu memulihkan semula Negara sehingga tidak ada orang miskin yang mahu menerima wang zakat, tidak ada pencuri, penyamun atau perompak, bahkan Negara dalam keadaan yang sangat aman, dan ekonomi Negara juga makin maju dan tidak ada seorang pun di dalam penjara.

Sewaktu ia sakit tenat, para pegawai tinggiya melawatnya dan melihat beliau memanggil anak-anaknya seramai sepuluh orang dan menasihatkan mereka supaya ta’at kepada Allah dan ibunya. Setiap orang pegawai itu berasa amat sedih sekali kerana melihat anak-anaknya yang sulung baru berumur kira-kira 15 tahun sahaja. Mereka menasihatkan supaya ia mengambil wang dari Baitul Mal untuk diberi kepada anak-anaknya yang belum ada mata pencarian ketika itu, tetapi ia enggan.

 Beberapa lama selepas ia meninggal dunia dua dari sepuluh anaknya telah mendermakan 100 ekor unta seorang kepada kerajaan yang sedang bersedia untuk menghadapi peperangan.

Saya yakin bahawa cerita ringkas ini sangat jelas menunjukan betapa cemerlangnya Negara apabila integriti itu gemilang.

Wallahu ’ alam

BIODATA
Datuk Dr Syed Othman Alhabshi berkelayakan B. Ec. (Hons) dalam Statistik daripada Universiti Malaya, M.S. (Statistics) daripada Universiti Wisconsin, U.S.A. dan Ph.D. dalam Ekonometrik daripada Universiti Birmingham, U.K.  Beliau telah berkhidmat sebagai ahli akademik selama lebih daripada tiga puluh tahun di lima buah Universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).  Beliau telah menjawat jawatan Dekan, Fakulti Ekonomi di U.K.M. dan U.I.A. dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) di U.U.M.  Beliau telah dilantik sebagai Profesor Madya oleh U.K.M. dan Profesor Ekonomi oleh U.I.A.  Beliau telah menganggotai Lembaga Pemegang Amanah, Institut Bank dan Ekonomi Islam Antarabangsa, Cyprus, Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa, Institut Ekonomi Islam Antarabangsa, Islamabad dan Jawatankuasa Kerja Pertama, Persatuan Ekonomi Islam Antarabangsa, London.  Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) selama sepuluh tahun (1986-1996), mula-mula sebagai Timbalan Yang Dipertua dan akhirnya sebagai Yang Dipertua. Beliau pernah menganggotai Badan Perunding Islam, Jabatan Perdana Menteri bagi memberi nasihat dan pandangan mengenai Islam dan pembangunan Institusi Islam kepada Perdana Menteri, dari 1983 hingga 1994. Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dari Julai 1992 hingga September 1997 sebelum menjawat jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dari Oktober 1997 sehingga 31 Mac 2005. Selain daripada menerbitkan banyak penulisan akademik tentang ekonomi Islam dan isu-isu semasa yang lain, beliau juga terlibat dengan beberapa badan awam dan swasta iaitu menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah, Prima Prai Sdn Bhd, Pengarah Warisan Pinang Sdn Bhd, Pengarah Epen Bina Sdn Bhd, Pengarah Kiarafield Sdn Bhd, Pengarah B-UDevelopment Sdn Bhd, Pengarah Takaful Nasional Sdn Bhd, Pengarah Asia Unit Trust Bhd, Pengarah Centre for Islamic Management Studies, Singapura,  Pengarah, Kolej Poly-Tech MARA, Pengarah, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Penasihat Syariah, Singapore Unit Trusts Global Ethical Fund, dan Ahli Jawatankuasa Syariah, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF).

Antara buku-buku yang telah diterbitkan ialah :

1.             Islam, Ekonomi dan Pengurusan (1989), Hizbi, Kuala Lumpur

2.             An Inspiration for The Future of Islam (1994), IKIM Kuala Lumpur

3.             The Role and Influence of Religion in Society (1994), IKIM Kuala Lumpur

4.             Islamic Values and Management (1994), Kuala Lumpur

5.             Islam and Tolerance (1994), IKIM Kuala Lumpur

6.             Islamic Civilization : Present and Future Challenges (1995), IKIM Kuala Lumpur

7.            Quality and Productivity: Creating A Difference In Modern Industry and Corporations (1995), IKIM Kuala Lumpur

8.             Islamic Management for Excellence: Revitalising People for the Future (1998), INMIND Kuala Lumpur

9.             Pengurusan dan Pentadbiran: Mencapai Kecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai (1998), IKIM Kuala Lumpur

10.       Islam, Knowledge and Ethics: A Pertinent Culture for Managing and Organising (1998), IKIM Kuala Lumpur

11.        Islamic Management for Excellence : Revitalising People for the Future (1998), Inmind, KL

12.        The Islamic World & Global Co-operation (1999), IKIM, Kuala Lumpur