Thursday, August 25, 2011

RUMAH BARU KAMI.. akhirnya selesai...


Porch boleh masuk empat kereta...

Kepenatan selepas angkat barang...

Dining untuk tetamu...


Di sini tempat lepak ahli keluarga sambil nonton TV..



RUMAH BARU KAMI.. akhirnya selesai...


Dapur dah siap..simple aje ikut bajet yang terhad.

Siap ada kolam lagi kat tengah rumah. Sebenarnya kawasan ini adalah gap antara rumah lama dengan tambahan rumah baru. Untuk tidak membazir ruang, kami buat kolam ikan..

Dari hadapan rumah. Pagar sudah disiapkan.


Ruang makan di rumah lama untuk famili. Untuk tetamu ada ruang dinig lain..



Monday, August 8, 2011

Thursday, August 4, 2011

RUMAH BARU KAMI.. renovation diteruskan lagi..

Pekerja sedang memasang rangka bumbung..


Bumbung telah mula dipasang..

Pandangan dari belakang..

dari sudut tepi...

RUMAH BARU KAMI.. renovation berterusan..

Dinding rumah telah dinaikkan..



frame pintu..

bumbung ..

RUMAH BARU KAMI...renovation diteruskan

Kerja tiang dan lantai telah bermula..




lantai dan tiang telah disiapkan


dinding bilik tidur utama




bata yang menimbun...


RUMAH BARU KAMI...RENOVATION

Bermula dari 20 Januari 2011, bermulalah kerja-kerja ubahsuai. Lubang dikorek untuk buat 'footing' tiang..


korek lagi....


tak larat guna tenaga, jentera pun dipanggil...


untuk buat beam...


kerja lagi..

Wednesday, May 25, 2011

RUMAH BARU KAMI







Kami sekeluarga mencari rumah baru untuk menjadi tempat kediaman semasa bersara nanti. Setelah puas mencari di merata tempat kami jumpa rumah ini di Taman Arked Dengkil sebelah dengan Paya Indah Wetland...



Setelah berbincang sekeluarga kami memutuskan untuk membeli rumah ini kerana ianya satu tingkat, mempunyai tanah yang luas iaitu 7,600 kaki persegi dan tidak mengadap rumah orang lain serta rumah sudut (corner lot). Suasana di taman ini juga agak tenteram.

Proses untuk membeli tidak memakan masa yang panjang. Yang lama sedikit adalah proses tukar nama dan gadaian. Kami beli dengan membuat pinjaman perumahan kerajaan. Harga berapa?....... Tidaklah mahal sangat. Cukup-cukup loan kerajaan sahaja...Cuma RM26X,XXX.

Memandangkan rumah ini kecil sahaja iaitu sekitar 1,000 kp - Tiga bilik, satu ruang tamu dan ruang makan serta dapur yang kecil. Oleh itu kami putuskan untuk membuat sedikit ubahsuai sebelum berpindah.

Proses mereka bentuk pun bermulalah. Macam-macam cadangan dan idea telah diutarakan dan akhirnya kami setuju dengan rekabentuk ini:


Siapa design? Kalau nak tahu, ia direkabentuk oleh anak saya Hazreena Haziany bt Sarani dan suaminya Kamarul Zaman. Mereka graduan senibina di UiTM.

Setelah itu kami pun mula mencari kontraktor. Nasib baik ada rakan lama yang boleh beri harga berpatutan. Kami pun setuju dengan kos RM2XX,XXX.