Saturday, October 25, 2014

South City Plaza

Memang banyak mall yang dibina di Lembah Klang. Walaubagaimana pun, tidak semua mall yang mendapat sambutan. Salah satu mall yang suram adalah South City Plaza.

Kalau nak dibandingkan dengan The Mines, sangat jauh bezanya. Kat mall ini mula-mula dulu agak meriah dengan kedai yang dibuka banyak. Namun sekarang ini lebih separuh kedai sudah ditutup.

Namun pasaraya Giant masih kekal bertahan. Apa yang banyak di sini adalah kedai jualan barang-barang cina, teh, dan pakaian.

Ada beberapa kedai makan dan pusat urutan yang masih kekal disini.

Foot Reflexology

Urutan kaki satu cara untuk memastikan aliran darah berjalan seperti biasa. Mengikut kepercayaan rawatan ini datang dari China. Tetapi sekarang ini telah di amalkan oleh banyak bangsa.

Rawatan ini dikatakan boleh mengurangkan banyak penyakit kerana kalau kaki kita elok, semua penyakit kan hilang.

Pengalaman saya sendiri, pertama kali lakukan urutan kaki telah dapat sembuhkan sakit migraine yang telah lama dihidapi. Lepas lakukan urutan kaki ditambah dengan urutan badan, migraine saya telah sembuh. Alhamdulillah.

Sekarang ini sebulan dua sekali saya dan istei akan dapatkan rawatan urutan kaki untuk kekal sihat.

Friday, October 10, 2014

Service kereta di Perodua Putrajaya

Dah sampai masa kereta myvi utk diservice 20k km. Masih dapat free service lagi. Tapi kena bayar juga kerana ganti parts yang tak cover. Rabak juga RM200 utk alignment, balancing, auto oil,  gasket dll.