Sunday, February 9, 2014

National Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah, Pahang


Selepas ke Deerland, kami terus ke Pusat Konsevasi Gajah Kebangsaan yang tidak jauh dari Deerland. Sebenarnya kami dah kesini sebelum ke Deerland, tapi kerana semua aktiviti bermula lepas jam 1.00 petang, kami ke Deerland dahulu. 

Pengunjung boleh melihat video mengenai pemindahan gajah. Masuk ke pusat ini adalah percuma. Hanya perlu mendaftar dan diberikan stiker. Tetapi untuk aktiviti memandikan gajah, perli membayar RM30 untuk seorang guide dan RM 10 seorang untuk memandikan gajah. 

Pengunjung boleh membeli makanan untuk diberi kepada gajah iaitu kacang dan tebu....juga ada pertunjukan oleh enam ekor gajah. Tetapi aksi mereka ini adalah untuk pembelajaran bukan macam pertunjukan gajah sarkas....







 











Gajah-gajah peliharaan ini memang suka mandi. Setelah dikeluarkan dari tempatnya enam ekor gajah dibawa oleh pekerja ke sunghai mandi. Lihatlah aksi mereka mandi bersama dengan penjaganya....
















Akhir sekali, acara yang ditunggu-tunggu iaitu memandikan anak gajah. Dua ekor anak gajah dibawa kesungai dan setiap ekor ada empat orang pelancong memandikannya. Lihatlah aksi-aksi memandikan gajah....kena mandi pun ada...










No comments:

Post a Comment