*MENJELANG ZOHOR*
Ahad 14 Jamadil Awal 1438
*Nafsu Dan Roh Semakin Tua Bersama Tuanya Badan*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّــــــــــهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
Segala puji bagi Allah سبحانه وتعالى pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli maksiat. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah سبحانه وتعالى tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bakal membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــدْ كما صَــــــلٌيت علَےَ سيدنا إِبْرَﺍﻫِﻴﻢَ و علَےَآل سيدنا إِبْرَاهِيمَ وبارك علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــد كما باركت علَےَ سيدنا إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل سيدنا إِبْرَاهِيمَ فى الْعَالَمِينَ إنك حميد مجيد
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. keluarga serta para sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang istiqamah menuruti baginda dari masa kesemasa hingga ke hari kiamat.
Sedekahkanlah Al Fatihah kpd ibu bapa kita, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah...
AlFatihah...
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِين
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”
(HR Muslim ..4899)
Sahabatku kaum muslimin yang dirahmati Allah سبحانه وتعالى sekalian............
BERSABDA Rasulullah SAW:
Terjemahannya:
Sesiapa yang menjangkau umur 40 tahun tetapi kebaikannya tak dapat mengatasi kejahatannya bersiap-siaplah untuk ke Neraka.
Mengapakah ha1 itu boleh terjadi?
Dan bagaimana kita boleh selamat daripada kemungkinan buruk itu?
Apa harapan pada mereka yang kini sudah berumur 40 tahun ke atas,tapi belum lagi melakukan amal-amal soleh yang diperintahkan oleh Allah SWT ?
Insya-Allah saya akan cuba menjawabnya dengan izin Allah SWT.
Sudah ditetapkan oleh Allah, bahawa semua makhluk termasuk manusia lahir ke dunia dalam keadaan belum sempurna. Kescmpurnaan dicapai sesudah beberapa tahun
mengalami proses pertumbuhan dan pembesaran yang berperingkat-peringkat. Manusia sendiri mengalami lima peringkat:
1. Peringkat bayi.
2. Peringkat kanak-kanak.
3. Peringkat remaja.
4. Peringkat dewasa.
5. Peringkat tua.
Tiap-tiap peringkat mengambil masa bertahun-tahun sebelum memasuki peringkat berikutnya. Hingga akhirnya manusia memasuki peringkat yang menurun, yakni kembali seperti sifat asal. Akhirnya mati.Demikianlah sunnatullah yang akan terus-menerus berlaku selagi dunia belum kiamat.
Dalam setiap peringkat, manusia bukan saja mengalami perubahan-perubahan fizikal, tetapi juga akal, hati, perasaan, nafsu dan tenaga lahir mahupun batin. Proses itu berlaku dengan perlahan-lahan hingga sukar untuk dikesan. Sedar-sedar, seseorang sudah beralih daripada bayi kepada kanak-kanak, kepada remaja, kepada dewasa dan tua.
Apabila berlaku peralihan itu, maka yang kelihatan berubah ialah raut fizikalnya, saiznya dan kesasaannya. Berlaku juga perubahan-perubahan yang tidak kelihatan tapi dapat dikesan,yakni ftkiran, perasaan,jiwa, nafsu dan tenaga. Semuanya meningkat kepada kematangan yang kemuncak, kemudian menurun kepada sifat asal. Proses ini mengambil masa lebih 60 tahun untuk mencapai kesempurnaannya.Manusia yang umurnya tidak selama itu, tidak sempatlah mengalami kesempurnaan dalam pertumbuhan lahir batinnya.
Daripada lima peringkat peralihan yang dialami oleh manusia itu, peringkat kematangan yang tertinggi ialah peringkat dewasa dan paling lemah ialah dan peringkat tua.
Lihat firman Allah: di peringkat bayi
Terjemahannya:
bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan yang perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
(Al Insan: l-2)
Firman-Nya lagi:
Terjemahannya:
Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembalikan dia kepada kejadiannya (asal lemah dan kurang akal). Maka apakah mereka tidak memikirkan?
(Yaasin: 68)
Di peringkat kanak-kanak dan remaja, manusia mengalami perkembangan paling subur dan penting. Waktu inilah pendidikan dan ilmu pelajaran mudah diterima dan manusia dicorakkan mengikut bentuk pendidikan yang diterimanya.Daya penerimaan ini bergantung pada kekuatan faktor-faktor batiniah manusia ini, yakni akalnya, jiwanya, nafsunya, tenaganya dan perasaannya. ]ika akal kuat, ilmu akan didapati dengan cepat dan banyak.
Jika ilmu dan pendidikan yang diterima itu ilmu dan pendidikan yang baik maka suburlah jiwanya (rohnya), dengan sifat-sifat yang baik (mahmudah). Sebaliknya pendidikan yang salah akan meliarkan nafsu dan merosakkan jiwa.
Perasaan manusia bergantung kcpada baik atau buruk didikan dan ilmu yang diperolehi.
Jika pendidikan baik, maka perasaan akan jadi bersih dan halus.Tapi kalau pendidikan buruk, maka perasaannya jadi kasar dan keras “kotor”. Demikianlah berlakunya perkembangan itu sedikit demi sedikit tanpa disedari. Manusia tidak dapat mengetahui bentuk jiwa atau akal dan nafsu seorang manusia lain, tapi hasilnya dapat dilihat pada sikap, akhlak, percakapan dan jalan hidupnya. Kalau baik batin, baiklah kehidupan lahirnya; kalau jahat batin maka jahatlah kehidupan lahirnya.
Maksud Hadis:
Di dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika baik daging itu,
baiklah manusia itu. Jika jahat, maka jahatlah dia. Ketahuilah itulah hati.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Fizikal meningkat dibantu oleh makanan dan kesihatan tubuh. Manakala batin manusia meningkat mengikut ilmu dan didikan yang diterima.
Tapi peningkatan itu ada hadnya, Sesudah had hidup manusia berlakulah penurunan dalam hadnya. Fizikal mula kendur dan batin pun mula lemah. Di peringkat ini makanan selazat mana pun tidak akan meningkatkan lagi perkembangan lahir dan batinnya.
Didikan yang sebaik manapun tidak boleh membentuk manusia lagi sebab zaman penurunan sudah bermula. Umpama bunga yang hendak gugur; walau dibaja sebanyak mana pun, tidak dapat menahannya daripada gugur.
Tahap umur ketika manusia berada pada kemuncak pertumbuhan dan pada awal penurunan ialah 40 tahun. Pada waktu ini fizikal sudah cukup dewasa dan akal, jiwa, perasaan dan nafsu sudah sampai ke kemuncaknya dan mulalah untuk lemah kembali.
Kalau sewaktu umur 40 tahun kekuatan tenaganya sepuluh horse power, maka sesudah itu tidak akan bertambah lagi. Demikian juga akalnya, tidak akan berkembang lagi. Kalau cerdik, ccrdiklah.Kalau bodoh, bodohlah. Tidak berlaku lagi selepas 40 tahun orang bodoh nak dicerdik kan. Kalau kuat jiwanya, kuatlah, tidak boleh ditukar-tukar lagi. Nafsunya kalau baik, baiklah, kalau jahat, jahatlah; sudah susah untuk dibentuk lagi.
’
Demikianlah seterusnya. Sebab itu sekiranya kita ingin mencorakkan hidup kita, biarlah sebelum 40 tahun; manusia sesudah itu tidak boleh dibentuk lagi. Sebab itu pepatah Melayu ada mengatakan;
“Melentur buluh biarlah daripada rebung.”
Rebung lembut, boleh dilentur. Tapi buluh sudah kcras, tidak boleh dilentur lagi. Itulah maksud nya. Manusia kalau mahu mencari harta, membina hidup mewah atau pangkat tinggi atau ingin memperjuangkan kebenaran, maka usaha hendaklah dibuat pada awal-awal lahir batinnya sudah cukup hidup dewasanya. Waktu itu bersedia untuk diajak bekerja. Semua orang maklum akan ha1 ini. Sebab itu seorang pun tidak pernah berkata bcgini;
“Waktu muda ni, aku nak rehat. Nanti tua baru nak cari harta, buka hutan, cari ilmu dan berkebun.”
Tidak munasabah langsung kata-kata itu. Sebab manusia faham, apabila tua tenaga sudah lemah. Sebab itu orang-orang muda bertungkus-lumus cari harta untuk hari tuanya Harta-harta dikumpul-kumpul dan disimpan untuk hari tua.
Tapi itu hanya untuk keperluan lahir manusia. Fahaman demikian hanya dimaksudkan pada keperluan fizikal semata-mata. Manusia tidak faham dan tidak scdar bahawa keperluan batiniah juga begitu. Sebab itu kita selalu mendengar orang berkata:
“Waktu muda ni kita enjoy dulu. Nanti apabila tua baru kita beribadah.”
Mereka ingat beribadah itu mudah. Apabila saja teringat buat, terus boleh dibuat. Walhal dalam pengalaman hidup manusia, orang yang tidak dilatih beribadah sejak kanak-kanak lagi, apabila tua tidak mampu melakukannya. Walaupun keinginannya besar sekali. Kenapa?
Sebab roh dan nafsu atau batin kita turut tua bersama tuanya umur dan badan kita. Batin atau roh dan nafsu kita mengalami proses tua dan muda, bertenaga dan lemah serta meningkat dan menurun sama, seperti fizikal kita Cuma tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kalau fizikal kuat pada waktu muda, roh juga begitu. Kalau fizikal kena berusaha untuk hari tuanya semasa mudanya, maka roh juga begitu. Ka!au kita berkebun waktu muda, maka beribadah juga mesti dididik dan dilatih sedari muda (kanak-kanak). nanti hanya tinggal meneruskannya, kerana ia Apabila tua sudah terlatih dan terbiasa.
Sebagaimana tidak munasabahnya orang nak berkebun pada waktu tua, kerana mahu berehat pada waktu muda,bcgitulah tidak munasabahnya orang mahu memulakan ibadah dan berjuang pada hari tuanya. Sedangkan waktu muda mahu dihabiskan untuk berfoya-foya. dalam keadaan bergelumang dengan perbuatan jahat Kerana jiwa yang sudah sebati dengan perbuatan maksiat, nafsu yang begitu ganas dan rakus, tidak boleh diubah untuk menjadi jiwa yang taat lagi. Walaupun manusia itu ingin sekali berubah, namun rohnya sudah tidak bersedia lagi.
Umpama seorang penagih dadah, amat payah untuk menghentikannya daripada menagih dadah, walaupun dia memang ingin berhenti. Sebab jiwa yang sudah biasa dengan sesuatu keburukan atau kebaikan hingga sifat itu telah menjadi tabiat, sukar untuk diubah. Apalagi kalau keinginan untuk berubah itu pada waktu umur 40 tahun ke atas, ketika tempoh perubahan sudah selesai.
Sama juga halnya dengan seorang yang sudah biasa makan nasi sebagai makanan asas dan utama, tiba-tiba mahu menukarnya kepada roti. Seminggu saja sudah cukup untuk dia rasa menderita kerana tidak dapat nasi. Selepas itu pasti dia akan sedaya upaya mendapatkan nasi kerana selera yang sudah terbiasa dan sebati dengan nasi itu sudah tidak dapat disesuaikan dengan makanan lain. Walaupun empunya diri ingin berbuat begitu tapi selera tidak bersedia untuk menerimanya.
Demikianlah halnya dengan seseorang yang sudah 40 tahun berada di jalan syaitan dan nafsu, tidak beribadah kepada Allah. Kemudian baru tersedar dan ingin berubah, maka adalah hampir-hampir mustahil baginya untuk berubah. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda:
terjemahannya
sesiapa yang menjangkau umur 40 tahun tetapi kebaikannya tidak mengatasi kejahatannya, bersiap-siaplah untuk ke Neraka.
Mengapa Rasulullah berkata demikian?
Bukankah ampunan Allah dan pertolongan-Nya boleh mengatasi segala-galanya?
Jawabnya ialah kerana Rasulullah mahu memberitahu kita bahawa sifat-sifat yang baik, amal-amal soleh,akhlak yang mulia,nafsu yang jinak dan tenang, iman dan taqwa itu bukannya datang sendiri secara mengejut dan tiba-tiba. Ia mesti dipelajari, dicari, diasuh, dididik, dilatih, diamalkan selalu sedari kecil lagi; barulah ia akan jadi sifat dan akhlak kita.
Seorang yang tidak berusaha langsung untuk mencari kebaikan, sebaliknya dihabiskan umur nya untuk merancang dan melaksanakan kehendak-kehendak duniawi, nafsu dan syaitan tentulah tidak begitu mudah untuk dimaafkan. Dan kalau sampai 40 tahun pun belum mahu berusaha mengenali Allah dan taat kepadaNya, sedangkan segala ilmu dunia dan kekayaan dunia sudah dipejuangkan begitu lama sekali, adalah layak untuknya api neraka.
Masakan tidak terfikir olehnya bahawa dia diciptakan oleh Allah, dan patut sekali mensyukuri nikmat itu dan berbakti pada Allah. Dan kalaulah ha1 itu pemah melintasi fikirannya, tapi sengaja tidak dipedulikan, kerana mahu sepuas-puasnya dengan dunia, hinggalah menjangkau 40 tahun lamanya, sungguh munasabah bagi orang ini dihumban ke dalam Neraka.Tiada maaf baginya. Sesudah terasa susah payah dan lemah anggota baru teringatkan Allah sedangkan pada waktu senang, dan kuat bertenaga pula sangat derhaka pada Allah.
Manusia yang bersifat begini, memang patut disuruh bersiap untuk ke Neraka. Daripada hadis itu, kita juga dapat faham bahawa seseorang yang sudah biasa dan lama dalam kejahatan memang payah hendak diubah ke arah kebaikan. Harapannya tipis sekali. Umpama seorang yang sudah lama berpenyakit kudis atau tokak atau darah tinggi atau kencing manis atau sakit jantung atau semuanya sekali, sudah terlalu kronik, sudah hampir maut, baru teringat hendak berjumpa doktor untuk berubat.
Waktu mula-mula kena penyakit, tidak mahu berubat konon tidak bahaya atau boleh tahan atau tunggu masa yang baik. Apabila keadaan sudah serius, baru nak berubat, tentu doktor akan berkata “tiada harapan lagi”. Doktor tak salah kerana berkata begitu. Pesakit itu sendiri yang bersalah kerana membiarkan sakit begitu lama baru ingat hendak berubat.
Demikianlah halnya jiwa yang sakit. Oleh kerana sudah lama dibiarkan, sudah sebati dengan sikap dan akhlak yang keji, tentu sukar sekali untuk diubati. Nafsu yang sudah bermaharajalela dalam diri memang sukar untuk dikawal. Jumpalah doktor walau pakar apa pun, namun kerana masa untuk proses pendidikan jiwa itu sudah tamat maka mujahadah tidak akan berbekas lagi.
Selepas 40 tahun hati tidak kenal Allah, tidak kenal akhirat, Islam dan iman, tentu payah hendak menjadikannya yakin sesudah itu. Umpama anak yang tidak tahu siapa ibunya, tiba-tiba waktu 40 tahun diperkenalkan kepada ibunya, tentu payah untuk menanam kasih sayang dan kecintaan kepada ibu tadi. Sebab kasih itu sudah diberi kepada ibu angkatnya.
Begitulah payahnya, orang yang sudah 40 tahun mengekalkan sifat sombong dan besar diri, untuk mujahadah menjadi tawaduk atau rendah diri. Sesudah 40 tahun mengekalkan sifat bakhil, hingga sifat itu sudah menjadi akhlak dan perangainya, bukan senang hendak mendidik hti jadi pemurah. Sesudah 40 tahun menjadi pemarah dan pembengis, bukan mudah untuk berubah menjadi pengasih dan lemah lembut. Sesudah 40 tahun berhasad dengki dengan sesama manusia, tentu tidak mudah untuk menjadi orang yang berlapang dada dengan manusia. Sesudah 40 tahun tidak sabar, tidak redha, maka tentu payah untuk bertukar menjadi seorang yang sabar dan redha dengan Allah.
Sesudah 40 tahun berpenyakit gila puji, gila pangkat, gila dunia, tentulah harapan tipis untuk bertukar menjadi seorang yang zuhud; sudah dekat nak mati masih sebut saya”, “kebun saya” dan “Wang saya”. Demikian “harta seterusnya!
Umat Islam perlu fahami dan sedari benar-benar akan hakikat ini agar usaha-usaha membaiki diri lahir dan batin tidak ditangguh-tangguh lagi; supaya kita tidak menyesal terkemudian nanti, kerana mendapati segala-galanya sudah lewat.
Kita juga kena sedar bahawa untuk melakukan kebaikan itu, sama ada kebaikan lahir, apalagi batin, bukannya mudah. Sebenarnya ia lebih payah daripada mencari rezeki, pangkat dan ilmu tinggi dan lain-lain.
Sebab kita terpaksa berhadapan dengan musuh-musuh batin yang sangat jahat iaitu nafsu dan syaitan. Musuh-musuh yang tidak rehat-rehat untuk menjahanamkan kita. Nafsu itu sudah lama kita perturutkan ajakannya.Sudah manja dan sudah gemuk kerana mendapat layanan yang baik daripada kita.
Sebab itu walaupun kita sudah sedar keterlanjuran selama ini, namun terasa payah sekali untuk kita menjinakkan dan menenangkan nafsu itu. Sifat sombong kita, misalnya, yang sudah menjadi perangai dan akhlak kita sekian lama, bukan mudah untuk diungkai. Kita sentiasa meninggi diri dengan manusia lain, merendah-rendahkan dan menyinggung perasaan mereka.lagi
Apabila kita sedar, kita pun berazam tidak mahu mengulangi perkara yang dibenci Allah itu. Tapi apakah hanya dengan azam itu kita terus berubah? Jawabnya, tidak.
Nafsu sombong yang sudah bertakhta dalam diri itu akan terus bekerja.Pantang ada salah silap manusia dengan kita, terus kita kata nista orang itu sepuas hati kita. Pantang tengok kelemahan orang lain, terus kita sebut-sebut dan sebarkan hingga terhinalah orang itu. Pantang ada orang menegur kita bidas orang itu pula sampai melukakan, perasaannya.
Kita sedar ha1 itu dibenci Allah, maka kita sangat menyesal selepas setiap kali melakukkan nya.Tapi kesal itu tidak mengubah kita.Buktinya, apabila terjadi lagi hal-ha1 yang mencabar ego kita, kita pun melenting. Menyesal, kemudian buat lagi. Begitulah halnya. Kita ingin untuk terus berubah tapi tidak semudah itu. Nafsu yang sudah terlalu jahat itu terasa payah bcnar hendak dijinakkan. Kita selalu kalah dalam bermujahadah. Kadang-kadang mati akal dibuatnya. Terasa peritnya berhadapan dengan kejahatan nafsu. Walhal umur kita belum 40 tahun, sudah terasa benar susahnya. Apalagi kalau sudah tua, yang nafsu itu pun sudah ‘tua, memang tipis harapan untuk diselamatkan.
Oleh itu pendidikan mestilah dibuat sewaktu kanak-kanak lagi. Jinakkan nafsu waktu ia belum liar lagi. Latih anak-anak dengan segala kebaikan lahir dan batin sewaktu mereka belum pandai buat jahat lagi. Kemudian lanjutkan hingga ke umur remaja dan dewasa. InsyaAllah barulah nanti kebaikan-kebaikan itu mudah dilakukan. Tidak payah mujahadah lagi.
Tapi zaman sekarang, anak-anak orang Islam dari kecil lagi dididik dengan cara Barat, sehingga besar pun dididik oleh orang-orang Barat atau dihantar ke sekolah yang menjalankan pendidikan sekular. Mereka dididik agar tidak kenal Allah, Rasulullah dan alam akhirat, tidak hormat guru dan orang tua, tidak malu, sombong, hasad dengki, mementingkan diri sendiri, tamak, gila dunia, gila pangkat dan pujian, bakhil, dendam dan lain-lain lagi,
secara langsung atau tidak langsung. Ilmu sebaik mana pun kalau diberi kepada seorang yang kotor hatinya dan buruk akhlaknya, nescaya akan digunakan kearah kejahatan pula. Sebab itu masyarakat kita ini, tidak bahagia lagi kerana berdepan dengan berbagai-bagai masalah ini.curi, rompak, tipu, zina, salah guna kuasa, Rasuah, berkrisis, rebut kuasa, dadah, arak, memfitnah dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh manusia-manusia yang pandai dan bijak. Semakin tua usia seseorang itu, bukannya semakin baik, tapi semakin rosak. Sebab nafsu dan rohnya semakin tua bersama tuanya badan. Sedangkan jiwanya yang murni tidak berfungsi kerana lemah iman dan taqwa.
Untuk membaiki keadaan ini, pendidikan Islam mestilah diterima dan dilaksanakan. Bagi yang sudah dewasa, rajin-rajinlah mendengar ceramah dakwah dan bersungguh-bersungguhlah bermujahadah. Dan bagi yang sudah tua, taubatlah banyak-banyak dan bersungguh-sungguh kepada Allah. Mudah-mudahan Allah memelihara kita daripada api Neraka.
Shadaqallahul’azhim.
والله أعلم بالصواب
Waallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)
Sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah ﷺ:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.
Sabda Rasulullah ﷺ. bermaksud:
Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi رضي ٱللَّــــــــــه عنه )
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
ILMU .... Penyuluh Hidup
AMAL .. Bekalan Perjalanan
AKHLAK .... Hiasan Jiwa dan Peribadi
Menuju ke Destinasi
AKHIRAT ..... yang sudah pasti
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Aku Bukanlah Ustaz...
Bukan Juga Ulama...
Aku hanyalah Hamba Allah yang sedang berusaha untuk Menjadi Hamba-NYA yang terbaik..
■▪■ Demang Satria ■▪■
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّــــــــــهِ وَبَرَكَاتُه
No comments:
Post a Comment