Entri ini adalah nukilan sahabat saya DEMANG SATRIA.
Tatacara Solat Dhuha Sesuai Dengan Hadis Sahih
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
Segala puji bagi Allah SWT pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli maksiat. Aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bakal membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang istiqamah menuruti baginda dari masa kesemasa hingga ke hari kiamat.
Sedekahkanlah Al Fatihah kpd ibu bapa kita, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah...
بسم ٱللهِ الرحمن الرحيم
الْحَمْدُ ٱللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِين
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”(HR Muslim ..4899)
Sahabatku kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian............
Banyak sekali keutamaan shalat sunnah dhuha, diantaranya solat dhuha bernilai 360 sedekah, membawa kecukupan sepanjang hari, juga bernilai pahala umrah dan lain sebagainya.
Solat dhuha adalah salah satu solat sunnah yang istimewa. Dalam sejumlah hadis sahih disebutkan berbagai keutamaannya. Bagaimana tatacara sholat dhuha?
■■ Syarat sah sholat dhuha ■■
Syarat sah solat dhuha sama seperti solat pada umumnya. Sebelum solat disyaratkan suci dari hadas kecil dan hadas besar; suci badan, pakaian dan tempat dari najis; menutup aurat; tahu masuknya waktu sholat tersebut; dan menghadap kiblat.
■■ Waktu solat dhuha ■■
Waktu solat dhuha terbentang sejak matahari naik hingga condong ke barat, tapi yang lebih utama adalah seperempat siang. Di Arab, waktu itu ditandai dengan padang pasir terasa panas dan anak unta beranjak. Sebagaimana sabda Rasulullah:
أَنَّ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ رَأَى قَوْمًا يُصَلُّونَ مِنَ
الضُّحَى فَقَالَ أَمَا لَقَدْ عَلِمُوا أَنَّ الصَّلاَةَ فِى غَيْرِ هَذِهِ السَّاعَةِ أَفْضَلُ. إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ
Bahwasanya Zaid bin Arqam melihat orang-orang mengerjakan shalat Dhuha (di awal pagi). Dia berkata, “Tidakkah mereka mengetahui bahwa shalat di selain waktu ini lebih utama. Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Shalat orang-orang awwabin (taat; kembali pada Allah) adalah ketika anak unta mulai kepanasan’” (HR. Muslim)
Baca tulisan tentang solat dhuha lainnya:
☆ Perolehi Rezeki Kerana Rutinkan Solat Dhuha.☆
Awalnya, Abdullah tidak terlalu perhatian dengan solat dhuha. Apalagi, pekerjaannya di sebuah perusahaan swasta sangat padat di waktu dhuha.
Ketika ia berpindah kerja yang lebih longgar waktunya, secara kebetulan ia juga mengetahui keutamaan solat dhuha. Bahawa solat dhuha diwasiatkan Rasulullah untuk senantiasa dikerjakan, solat dhuha dua rakaat senilai 360 sedekah, solat dhuha empat rakaat membawa kecukupan sepanjang hari, bahkan solat dhuha berpahala umrah.
Jadilah Abdullah memulai solat Dhuha. Dan keajaiban demi keajaiban pun mengalir sejak hari-hari pertama.
Selang sekitar tiga jam setelah Abdullah menunaikan shalat Dhuha, seorang rakan kerja mentraktirknya. “Alhamdulillah, makan siang gratis,” kata Abdullah mensyukuri nikmat di hari pertama ia berkomitmen merutinkan shalat dhuha. Mungkin bagi orang lain mendapat traktiran makan siang bukanlah rezeki, namun bagi Abdullah, ia mulai menghubungkannya dengan shalat dhuha. Terlebih di hari kedua ada rezeki lain yang datang.
“Ini untuk apa, Bos?” Abdullah terkejut mendapatkan amplop dari atasannya.
“Semacam bonus lah,” jawab atasannya sambil tersenyum.
Jika ditraktir adalah hal sangat biasa bagi banyak orang, mendapatkan rezeki yang tidak diduga berupa bonus yang tak diperkirakan sebelumnya benar-benar keajaiban bagi Abdullah. Ini membuatnya sangat bersemangat merutinkan solat dhuha.
Di hari ketiga, Abdullah menanti-nanti kira-kira dapat rezeki apa ia hari ini. Sejak pagi diperhatikannya segala hal yang terjadi. “Tidak ada rezeki nih hari ini,” simpulnya setelah jam kerja hampir usai.
“Astaghfirullah,” Abdullah terhenyak. Mengapa ia jadi sangat materialis memperhitungkan rezeki setelah solat dhuha. Padahal ia sudah tahu konsep ikhlas; beribadah semata kerana Allah, bukan kerana ingin mendapatkan dunia. Kalau ia jadi tak semangat solat dhuha kerana tak ada rezeki, itu adalah indikator ketidak ikhlasan. Jika ikhlas, semestinya amal ibadahnya tak terpengaruh dengan hal-hal duniawi yang ia dapatkan atau tidak.
Abdullah bertekad untuk tidak menghitung-hitung balasan duniawi yang ia dapatkan dari solat dhuha, meskipun ia masih memiliki keyakinan bahawa salah satu faedah solat dhuha adalah memperlancar rezeki. Ia berusaha lebih ikhlas, meskipun ia masih meyakini bahwa meminta kepada Allah tidak harus dipertentangkan dengan keikhlasan.
“Bruakkk!” Abdullah terkejut setengah mati. Sebuah motor melanggar motornya dari belakang, namun tidak terjadi apa-apa. Justru motor yang melanggarnya itu yang jatuh. Seketika lalu lintas di belakangnya menjadi sibuk. Ia hendak berhenti, tapi sejumlah orang yang sedang menolong penungnung yang jatuh itu mempersilakan untuk melanjutkan perjalanan. “Terus saja, Mas. Terus saja. Mas nggak salah. Biar kami urus.”
Rupanya itu keajaiban di hari ketiga. Nilai materi dan keselamatannya lebih besar dibandingkan bonus yang diterimanya di hari kedua.
Abdullah tertegun. Betapa Maha Pemurahnya Allah Subhanahu wa Ta’ala. Baru saja ia merutinkan solat dhuha, keajaiban demi keajaiban telah dirasakannya. Dan itu terus berlanjut di hari, bulan dan tahun berikutnya.
■ JUMLAH RAKAAT SOLAT DHUHA ■
Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Rasulullah kadang-kadang mengerjakan solat dhuha empat rakaat, kadang delapan rakaat. Namun sebahagian ulama tidak membatasi. Ada yang mengatakan 12 rakaat, ada yang yang mengatakan lebih banyak lagi lebih baik sehingga waktu dhuha habis.
عَنْ أُمِّ هَانِئٍ بِنْتِ أَبِى طَالِبٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم- يَوْمَ الْفَتْحِ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِىَ رَكَعَاتٍ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ
Dari Ummu Hani’ binti Abi Thalib , Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat dhuha sebanyak delapan rakaat. Pada setiap dua rakaat, beliau mengucap salam (HR. Abu Dawud; shahih)
Tata caranya sama dengan solat sunnah dua rakaat pada umumnya, yaitu:
☆ Lafaz Niat:
اُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ للَّهِ تَعالى
Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
☆ Takbiratul ikram, lebih baik jika diikuti dengan doa iftitah
☆ Membaca surat Al Fatihah
☆ Membaca surah atau ayat Al Qur’an. Boleh surat Asy Syams atau lainnya.
☆ Ruku’ dengan tuma’ninah
☆I’tidal dengan tuma’ninah
☆ Sujud dengan tuma’ninah
☆ Duduk di antara dua sujud dengan tuma’ninah
☆ Sujud kedua dengan tuma’ninah
☆ Berdiri lagi untuk menunaikan rakaat kedua
☆ Membaca surat Al Fatihah
☆ Membaca surat atau ayat Al Qur’an. Sebaiknya surat Adh Dhuha atau lainnya.
☆ Ruku’ dengan tuma’ninah
☆ I’tidal dengan tuma’ninah
☆ Sujud dengan tuma’ninah
☆ Duduk di antara dua sujud dengan tuma’ninah
☆ Sujud kedua dengan tuma’ninah
☆ Tahiyat akhir dengan tuma’ninah
☆ Salam
Demikian tatacara solat dhuha. Setiap dua rakaat sstu salam, diulang sampai bilangan rakaat delapan atau yang dikehendaki. Setelah solat dhuha dianjurkan berdoa.
Doa Solat Dhuha:
اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Bacaan ketika solat sunat dhuha :
▪▪ Nota ▪▪
Bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, bacaan dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu.
Fadillat atau faedah mengamalkannya:
Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab 'An-Nurain' sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan." Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga In sya Allah.
Walau apapun ganjarannya, adalah lebih afdhal untuk kita niatkan mendirikan solat dhuha untuk mendekatkan diri kepada Allah agar kita menjadi hamba yang diredhainya.
Shadaqallahul’azhim.
والله أعلم بالصواب
Waallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)
Tak perlu minta izin untuk share posting saya.... segala ilmu yang bermanfaat memang saya izinkan untuk dikongsi bersama... semoga mendapat keberkatan dariNya..
Sahabat2 boleh save dan share, sama2 kita cari saham akhirat. Inshaa Allah .
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Aku Bukanlah Ustaz
Bukan Juga Ulama
AKu hanyalah Hamba Allah yang sedang berusaha untuk Menjadi Hamba-NYA yang baik..
■▪Demang Satria ▪■
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللهِ وَبَرَكَاتُهُ
No comments:
Post a Comment