Saturday, July 15, 2017

KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

*MENJELANG SUBUH*
Ahad 22 Syawal 1438

*KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH*

_*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّــــــــــهِ وَبَرَكَاتُه*ُ_
_*بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*_

*- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ*
*- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ*
*- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ*

Segala puji bagi Allah سبحانه وتعالى pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli maksiat. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah سبحانه وتعالى tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bakal membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat.

*إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا*

*اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــدْ كما صَــــــلٌيت علَےَ سيدنا إِبْرَﺍﻫِﻴﻢَ و علَےَآل سيدنا إِبْرَاهِيمَ وبارك علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــد كما باركت علَےَ سيدنا إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل سيدنا إِبْرَاهِيمَ فى الْعَالَمِينَ إنك حميد مجيد*

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. keluarga serta para sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang istiqamah menuruti baginda dari masa kesemasa hingga ke hari kiamat.

Sedekahkanlah Al Fatihah kpd ibu bapa kita, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah...
AlFatihah...

*بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

*الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ*
*الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ*
*مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ*
*إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*
*اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ*
*صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ*
*غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ*
*آمِين*

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”
(HR Muslim ..4899)

Sahabatku kaum muslimin yang dirahmati Allah سبحانه وتعالى  sekalian............

_*Kelebihan Solat Subuh Berjemaah.*_

*1. Solat subuh memelihara setiap muslim*

عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم.

Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan solat subuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”.
(Hadis Riwayat Muslim)

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka”
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan

*2. Solat Subuh Setara dengan Qiyamullail*

من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.

Orang yang ikut solat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah solat setengah malam. Orang yang ikut solat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan solat sepanjang malam (qiyamullail).
(Hadis Riwayat Muslim)

Solat Subuh berjemaah di Bulan Syawal mengatasi solat sunnat di malam Ramadan kerana mencari al-Qadar. Ini kerana solat Subuh adalah wajib sedang solat sunnat malam walaupun ia muakkad (amat dituntut) namun statusnya masih lagi sunnat.

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."
(Hadis riwayat Muslim)

*3. Solat Subuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka*

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها رواه مسلم

"Tidak akan masuk neraka seseorang yang solat sebelum terbit matahari (solat subuh) dan sebelum terbenam.
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. : “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1.dibebaskan daripada api neraka, 2. dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

*4. Solat Subuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga*

من صلى البردين دخل الجنة

"Orang yang melakukan solat baradain (ashar dan subuh) masuk syurga."

*5. Solat Fajar Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya*

ركعتا الفجر خير من الدنيا ومافيها رواه مسلم

Dua rakaat solat Fajar (solat sunat sebelum subuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya
(Hadis Riwayat Muslim)

*6. Solat Subuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang*

رَوَى التِّرْمِذِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قَوْله, ” وَقُرْآن الْفَجْر إِنَّ قُرْآنالْفَجْر كَانَ مَشْهُودًا ” قَالَ: تَشْهَدهُ مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح.

Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari Nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Solat subuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”.
(Hadis Riwayat Imam At-Tirmizy)

At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadis ini hasan sahih.

وَرَوَى الْبُخَارِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَضْل صَلَاة الْجَمِيع عَلَى صَلَاة الْوَاحِد خَمْس وَعِشْرُونَ دَرَجَة وَتَجْتَمِع مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار فِي صَلَاة الصُّبْح

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya, ”Solat berjamaah lebih diutamakan dari solat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam solat subuh
(Hadis Riwayat Bukhari)

*7. Orang Yang Solat Subuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat*

قال صلى الله عليه وسلم: بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة رواه الترمذي وا بن ماجه

Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”.
(Hadis Riwayat Tirmizy dan Ibnu Majah)

*8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Solat Subuh*

وإذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراؤن الناس ولا يذكرون الله إلا قليلا

(Orang-orang munafik itu) bila melakukan solat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.

عن أبي هريرة قال قال صلى الله عليه وسلم: ليس صلاة أثقل على المنافقين من صلاة العشاء والفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً رواة الشيخان.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isya’ dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

وها هو ابن مسعود يقول: لقد رايتنا وما يتخلف عن صلاة الفجر إلا منافق معلوم النفاق

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut solat subuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.

Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang tidak datang solat subuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.

Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Subuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu subuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.

*9. Akan diberkati oleh Allah SWT.*

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

***************
Allah S.W.T. berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”
(Surah Al-Kahfi ayat : 28)

Shadaqallahul’azhim.
*والله أعلم بالصواب*
Waallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)

Sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah ﷺ:
*❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞*
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.

Sabda Rasulullah ﷺ. bermaksud:
Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi رضي ٱللَّــــــــــه عنه )

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

*ILMU* ..        Penyuluh Hidup
*AMAL* ..      Bekalan Perjalanan
*AKHLAK* ..  Hiasan Jiwa dan Peribadi
Menuju ke Destinasi ..
*AKHIRAT*  .. yang sudah pasti
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

_*Aku Bukanlah Ustaz...*_
_*Bukan Juga Ulama...*_
_*Aku hanyalah Hamba Allah yang sedang berusaha untuk Menjadi Hamba-NYA yang terbaik..*_

*■▪■ Razali Salleh @ Demang Satria ■▪■*
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

*وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

No comments:

Post a Comment