Thursday, July 6, 2017

Hati Yang Keras Jauh Daripada Rahmat Allah

*MENJELANG MAGHRIB*
Jumaat 13 Syawal 1438

_*Hati Yang Keras Jauh Daripada Rahmat Allah*_

_*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّــــــــــهِ وَبَرَكَاتُه*ُ_
_*بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*_

*- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ*
*- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ*
*- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ*

Segala puji bagi Allah سبحانه وتعالى pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli maksiat. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah سبحانه وتعالى tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bakal membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat.

*إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا*

*اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــدْ كما صَــــــلٌيت علَےَ سيدنا إِبْرَﺍﻫِﻴﻢَ و علَےَآل سيدنا إِبْرَاهِيمَ وبارك علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــد كما باركت علَےَ سيدنا إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل سيدنا إِبْرَاهِيمَ فى الْعَالَمِينَ إنك حميد مجيد*

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. keluarga serta para sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang istiqamah menuruti baginda dari masa kesemasa hingga ke hari kiamat.

Sedekahkanlah Al Fatihah kpd ibu bapa kita, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah...
AlFatihah...

*بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

*الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ*
*الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ*
*مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ*
*إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*
*اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ*
*صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ*
*غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ*
*آمِين*

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”
(HR Muslim ..4899)

Sahabatku kaum muslimin yang dirahmati Allah سبحانه وتعالى  sekalian............

_*Hati Yang Keras Jauh Daripada Rahmat Allah*_

Daripada Ibnu Umar radihiyallahu anhuma berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda : "Jangan memperbanykkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah meyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras."
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya“.

_*Orang yang keras hatinya, sesungguhnya jauh daripada rahmat Allah SWT.*_

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah adalah mereka yang berhati keras.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)

Sayidina Ali k.wj berkata: “Air mata tidak akan mengering kecuali bagi orang yang  berhati keras dan hati tidak akan menjadi keras kecuali dengan perbuatan dosa yang dilakukan berulang-ulang”.

*Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali,* di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

_*1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan*_

Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah SWT telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.”
(Surah At-Taubah, ayat 54)

_*2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran*_

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah SWT, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah SWT memberikan peringatan, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku.”
(Surah Al-Qaf, ayat 45)

_*3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat*_

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang pendengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda;  "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah SWT. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad SAW kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Hadis Riwayat Abu Daud)

_*4. Kurang mengagungkan Allah SWT.*_

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah SWT  diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Sahabat yang dikasihi,
Jika dibiarkan hati kita menjadi keras kerana hati yang keras adalah tanda hati itu berpenyakit, iaitu hati akan menghadapi beberapa perkara bahaya yang membinasakan iaitu memandang perkara buruk dan baik adalah sama saja atau mungkin mempercayai yang baik itulah mungkar dan yang mungkar itu baik, menjadikan hawa nafsu sebagai pedoman dan bisikan syaitan sebagai penyuluh arah.

Hati diserang penyakit seumpama itu masih boleh dirawat dengan membaca al-Quran, mendalami maknanya dan mengamalkan ajarannya untuk menghidup dan melunakkan hati, selain menambah ilmu pengetahuan serta membentuk akhlak terpuji.

Membaca al-Quran juga boleh menjana ingatan kepada Allah SWT  dan meneguhkan ketakwaan. Inilah sebenarnya tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia.

Firman Allah SWT bermaksud : “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian.”
(Surah Al-Isra, ayat 82)

Jelas sekali selalu mengingati Allah SWT boleh mengindahkan hati dan menenangkan perasaan. Selain daripada membaca al-Quran, kita juga perlu sentiasa berzikir dan beristighfar untuk membersikan hati daripada karat-karat jahiliah. Berdasar pendapat Ibn Taimiyah, zikir itu penting bagi manusia, umpama betapa perlunya ikan kepada air.

Selanjutnya, perlu ada keinsafan dalam hati bahawa diri hanya sebagai hamba hina di sisi Allah mSWT. Rasa rendah diri, menjadikan ibadat dilakukan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti.

Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan meyakini bahawa hanya Allah SWT yang Maha Besar dan Maha Agung. Orang yang sentiasa merendah diri, hatinya akan menjadi murni, tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah SWT.

Oleh itu marilah sama-sama kita proses hati kita supaya daripada hati yang keras menjadi lembut, sihat dan sejahtera. Bersihkan hati kita daripada penyakit-penyakit hati yang menyebabkan kita jauh daripada rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Shadaqallahul’azhim.
*والله أعلم بالصواب*
Waallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)

Sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah ﷺ:
*❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞*
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.

Sabda Rasulullah ﷺ. bermaksud:
Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi رضي ٱللَّــــــــــه عنه )

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

*ILMU* ..        Penyuluh Hidup
*AMAL* ..      Bekalan Perjalanan
*AKHLAK* ..  Hiasan Jiwa dan Peribadi
Menuju ke Destinasi ..
*AKHIRAT*  .. yang sudah pasti
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

_*Aku Bukanlah Ustaz...*_
_*Bukan Juga Ulama...*_
_*Aku hanyalah Hamba Allah yang sedang berusaha untuk Menjadi Hamba-NYA yang terbaik..*_

*■▪■ Razali Salleh @ Demang Satria ■▪■*
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

*وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

No comments:

Post a Comment