*MENJELANG SUBUH*
Jumaat 27 Syawal 1438
*AMALAN MUDAH MERAIH KEBAIKAN DALAM HIDUP.*
_*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّــــــــــهِ وَبَرَكَاتُه*ُ_
_*بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*_
*- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ*
*- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ*
*- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ*
_Segala puji bagi Allah سبحانه وتعالى pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli maksiat. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah سبحانه وتعالى tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bakal membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat._
*إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا*
*اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــدْ كما صَــــــلٌيت علَےَ سيدنا إِبْرَﺍﻫِﻴﻢَ و علَےَآل سيدنا إِبْرَاهِيمَ وبارك علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــد كما باركت علَےَ سيدنا إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل سيدنا إِبْرَاهِيمَ فى الْعَالَمِينَ إنك حميد مجيد*
_Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. keluarga serta para sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang istiqamah menuruti baginda dari masa kesemasa hingga ke hari kiamat._
_Sedekahkanlah Al Fatihah kpd ibu bapa kita, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah.._.
*AlFatihah...*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ*
*الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ*
*مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ*
*إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*
*اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ*
*صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ*
*غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ*
*آمِين*
_“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”_
(HR Muslim ..4899)
_*Sahabatku kaum muslimin yang dirahmati Allah سبحانه وتعالى sekalian............*_
*AMALAN MUDAH MERAIH KEBAIKAN DALAM HIDUP.*
Allah SWT dan RasulNya banyak menyebutkan ganjaran syurga dan mengancam dengan azab neraka untuk memberi motivasi kepada umatNya untuk banyak beramal soleh dan menjauhi segala laranganNya.
Di samping itu Allah SWT pun telah mengkhabarkan sifat-sifat syurga dan neraka untuk lebih meningkatkan keinginan manusia untuk meraih syurga dan menjauhi neraka.
Di antara kenikmatan syurga, Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an dalam surah al-Waqi’ah ayat 15-23:
عَلَى سُرُرٍ مَوْضُونَةٍ – مُتَّكِئِينَ عَلَيْهَا مُتَقَابِلِينَ – يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ – بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِينٍ – لا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلا يُنْزِفُونَ – وَفَاكِهَةٍ مِمَّا يَتَخَيَّرُونَ – وَلَحْمِ طَيْرٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ – وَحُورٌ عِينٌ – كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ
_“Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.”_
(QS al-Waqi’ah: 15-23)
Dalam satu riwayat hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Allah Ta’ala berfirman,
_‘Syurga itu disediakan bagi orang-orang soleh, kenikmatan di dalamnya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pula pernah terlintas dalam hati.’ Maka bacalah jika kalian menghendaki firman Allah Ta’ala (yang ertinya), ‘Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.’”_
(QS. As-Sajdah : 17)
(HR. Bukhari & Muslim)
Sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Baqarah 197
*وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى*
“…Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa …”
(QS al-Baqarah 197)
Dan sebagaimana komentar sahabat Umair Ibnu Hamam, “Menuju kepada Allah tak ada bekal lain kecuali takwa, amal akhirat dan sabar kerana Allah dalam perjuangan. Dan semua bekal akan habis kecuali takwa, berbuat baik dan mencari petunjuk.
Jalan menuju syurga memang dipenuhi dengan onak dan duri. Akan tetapi ada banyak amalan-amalan yang mudah dilakukan. Dan Allah SWT akan memberi balasan dengan ganjaran yang sangat besar.
Adapun amalan yang mudah diamalkan dan dapat membawa pelakunya jalan menuju ke syurga iaitu;
*1. Membanyakkan Zikir Kepada Allah.*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
_“Ada dua kalimat yang ringan bagi lisan, berat dalam mizan (timbangan amal) dan dicintai ar-Rahmaan: ‘Subhanallahu wa bihamdih’ (Maha Suci Allah dan dengan pujianNya kami memuji) ‘Subhanallah al-Azhiim’ (Maha Suci Allah Dzat Yang Maha Agung).”_
(HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,
لَأَنْ أَقُوْلَ: (سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر) أَحَبُّ إِلَيَّ مِمّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ
_“Saya membaca: ‘Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaaha illallah wallahu akbar’, sungguh aku lebih cintai daripada dunia dan seisinya.”_
(HR. Muslim dan at-Tirmidzi)
Dalam hadis lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,
*مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ عَمَلًا أَنْجَى لَهُ مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ*
_“Tidaklah seorang manusia mengamalkan satu amalan yang dapat menyelamatkannya dari azab Allah melainkan zikir kepada Allah.”_
(HR ath-Thabrani)
*2. Meredhai Allah SWT sebagai Rabb, Islam sebagai Agama dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.*
Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَقُولُ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي ثَلَاثَ مَرَّاتٍ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا إِلَّا كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُرْضِيَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
_“Tidaklah seorang hamba muslim mengucapkan pada saat dia memasuki waktu pagi dan memasuki waktu petang: ‘radhiitu billahi rabba, wa bil islaami diina wa bi muhammad shallallahu ‘alaihi wa salam nabiya (aku redha Allah sebagai Rabbku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Nabiku)’ sebanyak tiga kali, melainkan merupakan hak bagi Allah untuk meredhainya pada hari kiamat kelak.”_
(HR Ahmad).
*3. Mendalami Ilmu Syar’i.*
Rasulullah SAW bersabda:
*مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ*
_“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.”_
(HR Muslim)
*4. Menahan Perasaan Marah.*
Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ يَسْتَطِيعُ عَلَى أَنْ يُنَفِّذَهُ دَعَاهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رُءُوسِ الْخَلاَئِقِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ فِي اَيِّ الْحُورِ شَاءَ
_“Barangsiapa yang menahan amarahnya padahal dia mampu untuk melampiaskannya, nescaya Allah SWT akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan para makhluk sampai Allah SWT memilihkan untuknya bidadari-bidadari yang dia suka.”_
(HR. Imam at-Tirmidzi).
*5. Membaca Ayat Kursi.*
Rasulullah SAW bersabda:
*مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِي دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ لَمْ يَمْنَعُهُ مِنْ دُخُوْلِ الْجَنَّةَ إِلاَّ أَنْ يَمُوْتَ*
_“Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi setiap selesai solat, maka tidak ada yang dapat menghalanginya untuk masuk syurga kecuali jika dia mati.”_
(HR. an-Nasaa’i).
Maksudnya adalah jika dia mati, dia akan masuk syurga dengan rahmat dan kurnia Allah ‘Azza wa Jalla.
*6. Menyingkirkan Gangguan di Jalanan Seperti Duri.*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,
لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلاً يَتَقَلَّبُ فِي الجَنَّةِ فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهاَ مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ
_“Sungguh aku telah melihat seorang lelaki yang mundar-mandir di dalam syurga dikeranakan sebuah pohon yang dia tebang dari tengah jalan yang selalu mengganggu manusia”_
(HR. Muslim)
Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda,
مَرَّ رَجُلٌ بِغُصْنِ شَجَرَةٍ عَلَي ظَهْرِ طَرِيقٍ فَقَالَ وَاللهِ لأُنَحِّيَنَّ هَذَا عَنْ المُسْلِمِينَ لَا يُؤذِيهِمْ فَأُدْخِلَ الجَنَّةَ
_“Ada seorang lelaki berjalan melewati ranting pohon yang ada di tengah jalan, lalu dia berkata, ‘Demi Allah, sungguh aku akan singkirkan ranting ini dari kaum muslimin agar tidak menganggu mereka.’ Maka dia pun dimasukkan ke dalam syurga.”_
(HR Muslim)
*7. Membela Kehormatan Saudaranya di Saat Ketidakhadirannya.*
Rasulullah SAW bersabda:
*مَنْ رَدَّ عَن عِرْضِ أَخِيهِ رَدَّ اللهُ عَن وَجْهِهِ النَّارَ يَوْمَ القِيَامَةِ*
_“Barangsiapa membela harga diri saudaranya, nescaya pada hari kiamat Allah akan memalingkan wajahnya dari api neraka.”_
(HR. at-Tirmidzi).
Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda:
*مَنْ وَقَاهُ اللهُ شَرَّ مَا بَيْنَ لَحيَيْهِ وَ شَرَّ مَا بَيْنَ رِجْلَيْنِ دَخَلَ الجَنَّةَ*
_“Barangsiapa yang Allah lindungi dari keburukan apa yang ada di antara kedua rahangnya (iaitu mulut) dan keburukan yang ada di antara dua pahanya (yaitu kemaluannya), nescaya dia akan masuk syurga.”_
(HR. at-Tirmidzi)
*8. Menjauhi Perbalahan Meskipun Benar.*
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam:
أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ
_“Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bercanda/melawak. Dan aku akan menjamin sebuah rumah dibahagian teratas syurga bagi orang yang membaguskan akhlaknya.”_
(HR Abu Dawud)
*9. Solat Dua Raka’at Selepas Berwudhu.*
Amalan inilah yang rutin diamalkan oleh sahabat Bilal yang telah menjadikannya sebagai penghuni syurga dengan kesaksian dari Rasulullah SAW:
يَا بِلاََلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ فَإِنِّي سَمِعْتُ دُفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الْجَنَّةِ قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُوْرًا فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطَّهُوْرِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّي
_“Wahai Bilal, ceritakanlah kepadaku amalanmu dalam Islam yang paling engkau harapkan. Kerana sesungguhnya aku mendengar suara terompahmu di hadapanku dalam syurga.” Bilal berkata, ”Tidaklah aku mengamalkan suatu amalan yang lebih aku harapkan melainkan setiap kali aku bersuci pada malam atau siang hari aku selalu mengerjakan solat yang boleh aku lakukan.”_
(HR Al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW juga bersabda: _”Tidaklah seorang muslim berwudhu’ lalu dia baguskan wudhu’nya, kemudian dia berdiri solat dua raka’at dengan menghadapkan hatinya dan wajahnya pada kedua raka’at itu, melainkan syurga wajib baginya.”_
(HR Muslim)
*10. Pergi Solat ke Masjid.*
Rasulullah SAW bersabda:
َ* مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنْ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ*
_“Barangsiapa yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid, nescaya Allah akan persiapkan baginya nuzul di dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang.”_
(HR Bukhari dan Muslim)
Imam an-Nawawi berkata, “Nuzul adalah makanan utama, rezeki dan makanan yang dipersiapkan untuk tamu.”
Ya Allah terimalah amalan ibadah kami. Jadikan ianya sebagai wasilah untuk mendapatkan JannahMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Shadaqallahul’azhim.
*والله أعلم بالصواب*
Waallahu A’lam Bish Shawab
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)_
Sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah ﷺ:
_*❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞*_
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.
Sabda Rasulullah ﷺ. bermaksud:
_*"Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak."*_
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi رضي ٱللَّــــــــــه عنه )
_Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :_
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
*ILMU* .. Penyuluh Hidup
*AMAL* .. Bekalan Perjalanan
*AKHLAK* .. Hiasan Jiwa dan Peribadi
Menuju ke Destinasi ..
*AKHIRAT* .. yang sudah pasti
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
_*Aku Bukanlah Ustaz...*_
_*Bukan Juga Ulama...*_
_*Aku hanyalah Hamba Allah yang sedang berusaha untuk Menjadi Hamba-NYA yang terbaik..*_
*■▪■ Razali Salleh @ Demang Satria ■▪■*
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
*وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
No comments:
Post a Comment