Wednesday, August 30, 2017

DOA HARI ARAFAH

Tiada Tuhan (yang disembah sebenar2nya) melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan (kekuasaan) dan bagiNya segala pujian, Dia menghidupkan dan Dia mematikan, Dialah yang sentiasa hidup dan tidak mati di dalam kekuasaanNya. Segala kebajikan dan Dialah (Allah) Maha berkuasa di dalam segala perkara.

Ya Allah, kurniakanlah cahaya pada hatiku, pendengaranku dan lidahku. Ya Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah (Tuhan) yang memiliki segala pujian, bagiMu segala pujian, seperti yang Engkau katakan dan lebih baik daripada yang Engkau katakan. BagiMu, solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, dan kepadaMu jua aku akan kembali, dan kepadaMu (kuserahkan pemberian) pahala kepadaku. 

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu, daripada was was (syak) dalam hatiku dan daripada penangguhan suatu pekerjaan dan daripada azab seksa kubur. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada sejahat2 benda (sihir) yang masuk pada malam hari dan daripada kejahatan benda yang dihembus dengannya oleh angin (sihir atau guna2) dan daripada ditimpa bala bencana yang datang pada bila2 masa.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada berubah2nya keadaan (sihat kepada sakit) dan daripada ditimpa secara tiba2 balasanMu dan daripada didatangi secara tiba2 kemurkaanMu.

Ya Allah, kurniakan kepadaku petunjuk yang benar, dan ampunilah dosa2ku di hari akhirat (hari kemudian) dan di hari permulaan (di dunia). Wahai Tuhan sebaik2 tempatku bernaung, dan sebaik2 tempatku berlindung dan semulia2 Pengurnia yang memakbulkan apa2 yang diminta, kurniakanlah kepadaku pada hari ini sebaik2 kurniaan yang pernah Engkau kurniakan kepada orang lain dari makhlukMu dan orang2 yang menyempurnakan Haji di rumahMu.

Ya Allah Yang Amat Pengasih dan Penyayang, Ya Allah (Tuhan) yang meninggikan kedudukan (darjat) dan menurunkan berkat (kepada hamba2Nya). Wahai Tuhan Pencipta segala bumi (tujuh lapisan) dan tujuh tingkat langit, gegak gempita seruan segala suara dengan berbagai bahasa, memohon (berdoa) segala hajat dan hajatku kepadaMu supaya janganlah Engkau melupakanku di hari turunnya bencana apabila aku dilupakan oleh ahli (penghuni) dunia.

Ya Allah, bahawasanya Engkau Maha Mendengar kata-kataku dan Engkau melihat tempat kediamanku dan Engkau mengetahui segala rahsiaku yang zahir dan batin dan tiada yang tersembunyi sesuatupun mengenaiku. Aku yang sangat berhajat, yang fakir, yang memohon pertolongan, yang mengharapkan keamanan, yang sangat takut, yang memohon dikasihani, yang mengaku (pernah) melakukan dosa2. Aku memohon kepadaMu sebagai seorang yang miskin dan aku merendahkan diri kepadaMu sebagai orang yang berdosa dan aku seorang yang hina. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan dan aku memohon doa kapadaMu sebagai seorang yang sangat takut azab seksa neraka. Permohonan seorang yang menundukkan tengkuknya kepadaMu (khusyuk dan tawadduk) dan dengan cucuran airmata keinsafan kerana mengharapkan kurniaanMu dan menghinakan diriku dihadapanMu dan seikhlasnya merendahkan diriku.

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku dengan kerana doaku menyebabkan kecelakaan. Dan jadikanlah permohonanku itu dikabulkan dengan belas kasihMu. Wahai Tuhan sebaik2 tempat orang bernaung dan semulia2 yang mengurniakan (kepada yang memohon). Wahai Tuhanku, kalau ada orang yang memuji dirinya dihadapanMu maka sesungguhnya aku mencerca diriku sendiri.

Wahai Tuhanku, telah membisu lidahku (mulutku) dari menyebut perkara maksiat (tidak akan melakukannya) maka tiada jalan bagiku (bagi mendampingi Tuhanku) amalku dan tiada penyelamat yang kuharapkan kecuali dengan harapan (belas kasihMu). Tuhanku, sesungguhnya aku mengetahui bahawasanya segala dosaku tidak sedikit pun memberi kesan atas keagunganMu dan tiada jalan meminta uzur (berdalih) ke hadratMu tetapi Engkau (Ya Tuhanku) Yang Maha Mulia (dengan kemurahanMu mengampunkan dosa hambaNya).

Tuhanku, jika tiada kebolehan bagiku untuk mencapai kurniaan rahmatMu, maka sesungguhnya semoga rahmat kurniaanMu boleh sampai kepadaku dan rahmatMu (sentiasa) meliputi segala sesuatu (semoga aku memeperoleh) sebahagian daripadanya. Maka kurniakanlah rahmat bagiku. Tuhanku, dosa2ku walau sebesar manapun tetapi ia kecil disisiMu untuk mendapat keampunanMu. Maka ampunilah aku wahai Tuhan Yang Amat Pemurah. 

Wahai Tuhanku, Engkau tetap Engkau dan aku tetap aku. Aku sering kembali melakukan dosa2 (sedang Engkau) selalu mengampunkan dosa2. Tuhanku, Jika Engkau tidak belas kasihan melainkan kepada hamba2Mu yang taat, maka kepada siapakah akan bertumpu (akan berlindung) mereka yang berdosa? Tuhanku, aku telah tersesat jauh tidak taat kepadaMu dengan sengaja dan aku telah terdorong melakukan maksiat (larangan2Mu) dengan sengaja. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya (alasan2)(untuk Engkau menyeksa) diriku tetapi Engkau sedia memgampungiku, maka dengan adanya kepastian alasan2 Engkau (boleh menyeksaku)  dan tiadanya alasan (dalih) bagiku untuk melepaskan diri daripada azab seksaMu dan kerana hinaku terhadapMu. Maha Kaya (Tuhanku) kalaulah tiada keampunanMu kepadaku wahai Tuhan (kepadaMu) sebaik2 tempat mereka yang mengharapkan permohonan dan sebaik tempat orang yang bergantung harapan.

Dengan nama baik agama Islam dan dengan kesetiaan Nabi Muhammad saw, ampunilah (Ya Allah) segala dosa2ku dan tukarkanlah keadaanku (kepada lebih baik) daripada keadaanku ini.

Wahai Tuhan, yang menyampaikan segala hajat (hamba2Nya), kurniakanlah apa yang kupohon, sampaikanlah segala harapan dan yang kucita2kan. Tuhanku, aku berdoa (bermohon) dengan doa yang Engkau ajarkan kepadaku. Maka janganlah Engkau hampakan harapanku yang telah Engkau ajarkan itu.

Tuhanku, segala yang Engkau lakukan pada hari ini (Hari Arafah) kepada hambaMu yang mengaku dihadapanMu dengan dosa2 (yang dilakukannya). Merendah diri dengan kehinaannya, menyesali segala perbuatan kejahatan. Khusyuk kepadaMu dengan amalan (ibadah) mereka. Bertaubat (tidak akan mengulangi) kejahatan. Mereka memohon ampun kepadaMu daripada penganiayaan yang pernah dilakukan. Merendah diri dihadapanMu memohon ampun daripada setiap kesalahan. Memohon dariMu supaya dimakbulkan segala yang dihajatinya. Berharap kepadaMu dari tempat wukufnya ini dalam keadaan banyak dosa yang dilakukan.

Wahai Tuhan, tempat bernaung semua yang hidup dan Tuhan yang menolong orang2 yang beriman. Sesiapa yang berbuat kebajikan maka dengan rahmatnya ia memperoleh kejayaan. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka dengan kesalahannya itu ia dibinasakan.

Ya Allah, kepadaMu kami keluar (menuju Baitullah) dan dihalaman rumahMu kami berhimpun dan kepadaMu kami berharap, dan apa yang ada padaMu kami memohon, dan kepada ihsanMu kami mengharapkan, limpahan dan rahmatMu kami mengharapkan, dan dari seksaMu kami takuti, dan kepadaMu dengan beratnya dosa2 kami melarikan diri, dan ke rumahMu (Baitullahilharam) kami menyempurnakan haji.

Wahai Tuhan Yang Memiliki (Yang Menguasai) segala hajat permohonan hambaNya dan Mengetahui segala yang terkandung di hati hambaNya. Wahai Tuhan yang tiada bersamaNya Tuhan (lain) yang disembah. Wahai Tuhan yang tiada baginya wazir (menteri) yang menolongnya dan tiada pengiring yang boleh dikaburi (dirasuah).

Wahai Tuhan yang tiada memberi kesan kepadaNya dengan banyaknya permohonan (dari hambaNya) melainkan dikurniakan dengan limpahan kurniaanNya dan tidak memberi kesan dengan banyaknya hajat2 hambaNya yang telah dikurniakan melainkan dengan kemudahan dan balasan ihsanNya (kepada hamabaNya).

Ya Allah, sesungguhnya engkau telah menjadikan (menyediakan) bagi setiap tetamu jamuan, dan kamilah tetamuMu (Ya Allah) maka kurniakanlah kami jamuan daripadaMu iaitu tempat yang layak disyurgaMu. Ya Allah sesungguhnya bagi setiap rombongan disediakan hadiah, bagi setiap pelawat disediakan kemuliaan dan setiap permohonan disediakan kurniaan dan setiap yang berharap disediakan pahala dan setiap yang memohon belas kasihanMu disediakan balasan baik dan setiap yang memohon rahmatMu disediakan limpahan rahmat dan setiap yang gemar mendampingiMu Engkau kurniakan pengampunan dan sesungguhnya kami (beramai2) telah sampai ke rumahMu Baitullahilharam dan kami telah wukuf di tempat ini (Padang Arafah) yang mulia ini. Dan kami telah menyaksikan di sini tempat2 yang bersejarah dan mulia dengan harapan balasan baik dariMu maka janganlah dihampakan harapan kami.

Wahai Tuhan kami, bertalu2 Engkau kurniakan nikmat2Mu hingga puashati (sekalian hambaMu) menerima nikmatMu yang bertalu2 dan Engkau memperlihatkan contoh tauladan hingga boleh berkata2 segala (benda) yang bisu dengan alasan2 dariMu. Dan Engkau nyatakan limpah kurniaMu (kepada mereka) hingga wali2Mu mengaku kecuaian mereka terhadap hak2Mu. dan Engkau memperlihatkan tanda2 kebesaranMu hingga semua penghuni langit dan bumi mengakui tanda2 kebesaranMu. Dan Engkau telah  menguasai dengan kuasa kudratMu hingga tunduk semua makhluk dengan kebesaranMu dan takluk semua makhluk oleh kebesaranMu. Apabila ada hambaMu berbuat angkara (berbuat jahat) Engkau berikannya keampunan dan Engkau memberi peluang dan apabila ada hambaMu yang berbuat baik Engkau terima dan Engkau kabulkan.

Dan apabila ada hambaMu yang menderhaka Engkau lindungi mereka dan apabila mereka melakukan dosa Engkau ampunkan dan maafkan. Dan apabila kami berdoa(memohon) segera Engkau kabulkan. Apabila kami menyeru Engkau sedia mendengar. apabila kami menghadapMu Engkau mendekati. Apabila kami berpaling dariMu Engkau menyeru.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitabMu yang suci yang Engkau turunkan kepada Nabi Muhammad saw penyudah segala nabi. Katakanlah (Ya Muhammad) kepada orang kafir jika mereka berhenti daripada kufur,  akan diampunkan  bagi mereka apa yang telah berlalu. Maka akan relalah Engkau akan ikrar mereka dengan kalimah tauhid (dengan ikhlasnya). Setelah mereka mengingkarinya, dan bahawasanya kami menyaksikan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah dengan ikhlas hati, maka ampunilah kami dengan pengakuan ini atas segala dosa2 terdahulu dan janganlah Engkau jadikan nasib kami kurang daripada nasib mereka yang masuk Islam.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau sukakan orang yang mendampingiMu dengan memerdekakan hamba yang dimilikinya (oleh kami). dan kami adalah hamba2Mu dan Engkau adalah lebih utama melimpahkan kurnia maka merdekakanlah kami (dari neraka) dan bahawasanya Engkau telah memerintahkan kami supaya bersedekah kepada fakir dan kami adalah golongan fakir yang berhajat kepadaMu. Dan Engkaulah yang lebih berhak berbelas ihsan. Maka bersedekahlah kepada kami dan Engkau berwasiat untuk memberi maaf kepada sesiapa yang menganiaya kami dan kamilah yang telah menganiayai diri kami. Dan Engkau lebih berhak dengan kemuliaan dan kemurahanMu maka ampunilah kami.

Tuhan kami, ampunilah kami dan kurniakanlah kami rahmatMu Engkaulah Penolong kami. Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat. dan peliharalah kami dari seksa api neraka. Limpahkanlah (Ya Allah) rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya serta sahabat baginda sekaliannya. Dan segala pujian bagi Allah swt yang mentadbir dan memiliki sekalian alam

No comments:

Post a Comment