Sunday, December 4, 2016

JPO ANNIVERSARY

Hari ini ke JPO sempena jualan ulang tahunnya. Sale bermula 1 hingga 4 Disember. Kebetulan sekarang cuti sekolah dan hari minggu pula serta hari terakhir sale, maka berduyun2lah pengunjung yang datang. 

Nak cari parking pun sukar.

Lepas parking, nak masuk kedai pun kena beratur panjang khususnya butik yang tertentu. Butik yang jadi tumpuan ialah COACH, Kate Spade, GUCCI dan beberapa butik lagi.

Untuk makan pun kena que panjang. Nak cari tempat duduk jangan ceritalah. Kita belum habis makan orang dah berdiri sebelah meja. Nak makan pun tak selesa.

Melihat kepada sambutan bila ada sale begini, terfikir pula kepada dakwaan yang mengatakan ekonomi negara merudum...macam ok sahaja....

No comments:

Post a Comment