Sejak kejadian MH370, soalan yang sentiasa difikirkan adalah adakah nak tangguh? memandangkan sentimen rakyat PRC kepada Malaysia. Namun kerana telah lama booking dan memandangkan hanya segelintir rkyat PRC yang marah berbanding jumlah penduduk Beijing yang sama banyak dengan Malaysia, lawatan ini diteruskan. Pergi bertiga dan akan menyertai satu lagi kumpulan seramai 10 orang, kami ke LCCT. Semua tempahn tiket telah dibuat oleh agent.
Oleh kerana terlalu rmai oraang di balai berlepas, kami tak dapat jumpa dengan group yang sepatutnya kami jupa khabarnya mereka orang Penang. Kami pun berlepas dengan AA jam 7.10 malam. Tiba di Beijing jam 2.30 pagi.
Lihatlah dua beranak ini kepenatan dan mengantuk. Maklumlah jam 2 pagi.
Kami tinggal di sebuah hotel 4 bintang kata agen yang menyambut kami, local muslim bernama Musa. Pada saya hotel ini tidaklah 4 bintang seperti digambarkan tetapi kalau di Malaysia 2 atau 3 bintang sahaja. Tapi di sinilah kami akan tinggal selama 5 malam. Sarapan pagi setiap hari jam 7 atau 8 pagi dimana menunya hampir sama setiap hari. Walaubagaimana pun berselera juga makan nampaknya tu!.
Gambar kenangan di luar restoren hotel.
Ini pula adalah suasana diluar hotel. Agak nampak macam berselerak sedikit kawasan sekitar hotel ini.
No comments:
Post a Comment