Wednesday, June 5, 2013

3 bulan sudah berlalu...

Sudah tiga bulan ditempatkan di Kementerian Kerja Raya. Setelah meninggalkan KKR selama 25 tahun (pernah kerja di sini pada tahun 1983 -1988), banyak perubahan telah berlaku  kepada Kementerian. Jika dahulu hanya ada JKR dan LLM tetapi kini telah ada CIDB. Seperti biasa tiga badan profesional iaitu LJM, LJBM dan LAM masih ada untuk mengawal profesyen masing-masing.

Selepas PRU 13, KKR menerima Menteri dan Timbalan Menteri yang baru. Tahniah dan selamat datang kepada YB Datuk Hj Fadillah Hj Yussof dan YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin di atas pelantikan sebagai Mentreri dan Timbalan Menteri.




Tak lama lagi KKR akan menerima Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) yang baru kerana YBhg. Datuk Nasir telah dinaikkan pangkat sebagai TKSU (Pembangunan) Kementerian Pendidikan. Tahniah Datuk.....


No comments:

Post a Comment