Sudah tiga bulan ditempatkan di Kementerian Kerja Raya. Setelah meninggalkan KKR selama 25 tahun (pernah kerja di sini pada tahun 1983 -1988), banyak perubahan telah berlaku kepada Kementerian. Jika dahulu hanya ada JKR dan LLM tetapi kini telah ada CIDB. Seperti biasa tiga badan profesional iaitu LJM, LJBM dan LAM masih ada untuk mengawal profesyen masing-masing.
Selepas PRU 13, KKR menerima Menteri dan Timbalan Menteri yang baru. Tahniah dan selamat datang kepada YB Datuk Hj Fadillah Hj Yussof dan YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin di atas pelantikan sebagai Mentreri dan Timbalan Menteri.
Tak lama lagi KKR akan menerima Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) yang baru kerana YBhg. Datuk Nasir telah dinaikkan pangkat sebagai TKSU (Pembangunan) Kementerian Pendidikan. Tahniah Datuk.....
Wednesday, June 5, 2013
Wednesday, February 20, 2013
Cari Nombor...
Hari ini saya mengunjungi sahabat di JPJ Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju. Tujuan ke sana adalah untuk minta nombor (bukan nombor ekor).. untuk dua buah kereta pejabat saya. Lama betul tak jumpa sahabat tersebut iaitu Encik Nazri Osman, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan. Rupanya dah 5 tahun beliau kat sana.
Syabas sahabat kerana dapat bertahan lama di sebuah jabatan yang sangat tinggi cabarannya.
Dapatlah nombor pendaftaran berikut iaitu: WYA 565 dan WYA 575.
Syabas sahabat kerana dapat bertahan lama di sebuah jabatan yang sangat tinggi cabarannya.
Dapatlah nombor pendaftaran berikut iaitu: WYA 565 dan WYA 575.
Tuesday, January 29, 2013
Sudah ke belum?..Saya sudah ke Belum
27.1.2013, kami sekeluarga berkesempatan ke Tasik Banding, Royal Belum.
Sedang menunggu untuk naik bot...
Pelan-pelan sikit naik tu...
Macam pakai cawat saje...
Dah ready untuk bergerak...
Inilah enjin yang membawa kami melungsuri tasik..
Lihatlah percikan airnya, sungguh menarik...
Berhenti di Pulau Tali Kail. Agaknya masa dulu banyak tali kail yang putus semasa memancing di pulau ini!!!!
Ada chalet .. khabarya kos seorang adalah RM400 untuk 3H2M, minimum 20 orang, siap dengan aktiviti lagi....
Ha, ikut jalan sini untuk ke atas bukit...
Tak dapat tidur, gambar kat tangga pun jadilah..
Ada polis lagi, agaknya bilalah pak polisi nak ke sini....
Senam dulu sebelum naik bot...
Keindahan dan kebiruan airnya...
Keindahan Alam
Selepas selesai majlis perkahwinan Muhamad Fakhrurrazi di Kota Bharu, kami sekeluarga pulang melalui jalan Jeli Grik. Berikut aalah gambar-gambar keindahan alam yang sempat dirakankan.
Macam di Nami Island, Korea Selatan
Light reflections..
Macam dalam tunnel
Bamboo everywhere
Giant ferns...
Subscribe to:
Posts (Atom)