Tuesday, October 11, 2016

Apakah Kepunyaan Kita..........

  
*MARI KITA RENUNG RENUNGKAN*

*Apakah Kepunyaan Kita Wahai Saudaraku ..*

*Lahirmu :*  Dilahirkan oleh orang lain.

*Namamu :* Dinamakan oleh orang lain.

*Pelajaranmu :* Diajar oleh orang lain.

*Pendapatanmu :* Diberikan oleh orang lain.

*Hormat :* Diberi oleh orang lain.

*Mandian pertama dan terakhir :* Dimandikan oleh orang lain.

*Selepas mati :* Segala harta dan hakmu diambil oleh orang lain.

*Pengkebumianmu :* Dibuat oleh orang lain.

* Terasa amat hairan kerana masih ada ego dan keras di hati kita kerana kita sebenarnya tidak punya apa-apa dan juga tiada daya tanpa izin-Nya
Begitulah Kita Semua ..

*Fikir2kanlah ..*

Monday, October 10, 2016

GURU YANG BERJIWA GURU.....

Seorang guru berkata,

" Jadi cikgu ni senang. Datang awal pagi, punch kad. Buat RPH, kelas jangan miss, handle program elok-elok, tak lama dapat APC. Buat aje kerja sendiri, jangan hirau yang lain. Hujung bulan dapat gaji, ada rezeki, naik pangkat. Itulah cikgu. "

Katanya sambil tersenyum kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda faham. Ingatkan habis disitu sahaja, rupanya ada lagi yang guru ini ingin bicara. Selepas menghirup sesisip kopi panas, dia menyambung,

" Tapi, kalau kau nak jadi cikgu yang sebenar berjiwa guru, bukan itu jalannya. Itu hanya asas sahaja. Guru yang berjiwa guru ni, dia cakna segala perkara. Terserempak dengan anak murid berhingus kat kantin pun dia berhenti tolong lap.

Murid rebah, murid luka dia dahulu berlari pergi dapatkan. Sedang itu diluar tugas beliau. Sedang itu tiada markah dicatat untuk APC atau kenaikan pangkat. Tapi bila dia ada JIWA SEORANG GURU, setiap langkahnya adalah untuk mendidik.

Guru biasa, masuk kelas hanya mengajar untuk habiskan silibus sahaja. Murid dapat ke tak, itu dia tak hirau. Nak cepat pandai, dia suruh masuk kelas tambahan yang dia buat. Kenakan bayaran, dapat imbuhan tambahan. Sentuh budak jauh sekali, bahaya pada kerjaya padanya. Nanti didenda, nanti didakwa. Nanti payah nak naik pangkat, dapat APC dan sebagainya. Kerana dia hanya bekerja sedang jiwa tiada. "

Aku diam membungkam. Tiada menggeleng, tiada mengangguk lagi. Hanya mahu dia meneruskan bicara. Kata-katanya sangat terkesan di hati. Mutiara kata ini bukan selalu didendangkan. Jarang-jarang kelihatan. Selalunya mutiara seperti ini terpendam di lautan yang paling dalam.

Guru itu menyisip lagi kopi pahitnya. Direnung dalam mata, dia sambung bercerita.

" Guru yang berjiwa guru, laluannya sukar. Halangannya tidak sedikit. Tapi bila ada jiwa, tiada gentar dihati. Murid yang degil, yang malas, yang nakal dikejar tanpa henti. Padahal bukan ada upah tambahan. Baik duduk diam sahaja.

Murid yang lalai dan leka didenda, dihukum agar mereka sedar. Agar mereka merubah diri. Padahal surat saman bakal menanti, silap-silap makan diri. Tapi dia tidak boleh menahan diri, bila dalam diri ada jiwa, dia takkan biarkan sahaja anak didiknya terus hanyut begitu sahaja.

Dan biasanya, guru yang berjiwa guru ini payah nak naik ke atas. Sebab dalam failnya penuh aduan. Tapi percayalah, di mata Yang Maha Kuasa, pangkat dia telah lama dinaikkan. Saat dia menghayun rotan penuh ikhlas untuk mendidik, saat itu taraf beliau jauh di atas sana berbanding guru biasa. Yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan pentingkan kerjaya sahaja."

Guru itu menghabiskan sisa air kopinya. Ditinggal duit di atas meja dan dia berlalu pergi. Meninggalkan aku termangu sendirian memikirkan kata-kata yang dia tinggalkan sendirian.

Dalam diam aku bertanya pada diri sendiri,

" Apa aku sebenarnya? Hanya guru biasa atau guru yang mempunyai jiwa? "

#muhasabah

***Kredit kepada yang bawa cerita Tuan Hj Baharuddin Stapa rakan sekolahku yang jadi guru...juga kredit kepada semua guru2....***

**gambar-gambar ihsan dari google.com...

Nasib Jambatan Buluh Kasap....

Baru-baru ini semasa ke Segamat sempat singgah ke tempat ini. 
Sudah tidak disenggara dengan baik. 
Sedikit semak dan papantanda pun sudah tiada. 
Sedih mengenangkan nasib tempat bersejarah di negara kita ni....




Sunday, October 9, 2016

RASUAH: Jauhi dari melakukan perbuatan ini....

PERBUATAN BERIKUT AKAN MENJADI KESALAHAN RASUAH (Seksyen 23 Akta SPRM):

  • Meminta atau menerima suapan
  • Menawar atau memberi suapan rasuah
  • Membuat tuntutan palsu
  • Menyalahgunakan jawatan atau kedudukan



Sayangi Sungai Kita...

Apabila berlaku krisis air bersih baru-baru ini yang melanda Lembah Kelang barulah kita membuat bising dan menyalahkan sesiapa sahaja yang terlintas difikiran kita.

Namun adakah kita sedar bahawa kita juga mungkin antara penyumbang kepada pencemaran sungai dengan membuang sampah sarap yang pelbagai.

Da'i NIEZAL JUARA PENDAKWAH NUSANTARA MILENIA.

Atas doa dari semua rakyat Terengganu dan Malaysia,  Da'i Niezal atau nama sebenarnya Mohd Sufwan Niezal bin Sabri telah berjaya memenangi program Pendakwah Nusantara Milenia.

Tahniah diucapkan buat beliau .. Didoakan semoga beliau berjaya dalam meneruskan kerjaya dakwah .. Aminnnn

#AnokTranungNelang

LOYALTY...speaks for itself

PT3 - semoga berjaya YAYA

Esok 10 Oktober hingga 12 Oktober anak bongsuku Nurul Aliya Amani atau nama timangannya YAYA akan menduduki peperiksaan bertulis PT3.

Kami sekeluarga mendoakan semoga YAYA dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan tersebut.

Thursday, October 6, 2016

Erti Pemberian....

Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Pemberian itu bukan setakat bersedekah atau menderma sahaja tapi ada bermacam-macam lagi seperti:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran.

Telunjuk lurus kelingking berkait...

Orang yang paling miskin...

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.

Wednesday, October 5, 2016

7 SUNNAH HEBAT - Ustaz Don Daniyal

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.

Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.

Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:

TAHAJUD, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:

MEMBACA AL-QURAN sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:

JANGAN TINGGALKAN MASJID TERUTAMA DI WAKTU SUBUH. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:

Jaga solat DHUHA, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:

Jaga SEDEKAH setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:

Jaga WUDUK' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:

Amalkan ISTIGHFAR setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

I FORGOT to... WHEN ..

Got this superb article from friend ...

👉When TV came to my house. I forgot how to read books.
👉When the car came to my doorstep, I forgot how to walk.
👉When I got the mobile in my hand, I forgot how to write letters.
👉When computer came to my house, I forgot spellings
👉When the AC came to my house, I stopped going under the tree for cool breeze
👉When I stayed in the city, I forgot the smell of mud.
👉By dealing with banks and cards, I forgot the value of money.
👉With the smell of perfume, I forgot the fragrance of fresh flowers.
👉With the coming of fast food, I forgot to cook traditional cuisines .
👉Always running around, I forgot how to stop.
👉👉And lastly when I got whatsapp, I forgot how to talk.🤔🤔🤔

Sunday, October 2, 2016

THE CHAOS - by Gerard Nolst Trenité 1922,

If you can pronounce correctly every word in this poem, you will be speaking English better than 90% of the native English speakers in the world.

THE CHAOS

Dearest creature in creation,
Study English pronunciation.
I will teach you in my verse
Sounds like corpse, corps, horse, and worse.

I will keep you, Suzy, busy,
Make your head with heat grow dizzy.
Tear in eye, your dress will tear.
So shall I! Oh hear my prayer.

Just compare heart, beard, and heard,
Dies and diet, lord and word,
Sword and sward, retain and Britain.

(Mind the latter, how it’s written.)
Now I surely will not plague you
With such words as plaque and ague.

But be careful how you speak:
Say break and steak, but bleak and streak;
Cloven, oven, how and low,
Script, receipt, show, poem, and toe.

Hear me say, devoid of trickery,
Daughter, laughter, and Terpsichore,
Typhoid, measles, topsails, aisles,
Exiles, similes, and reviles;
Scholar, vicar, and cigar,
Solar, mica, war and far;
One, anemone, Balmoral,
Kitchen, lichen, laundry, laurel;
Gertrude, German, wind and mind,
Scene, Melpomene, mankind.

Billet does not rhyme with ballet,
Bouquet, wallet, mallet, chalet.
Blood and flood are not like food,
Nor is mould like should and would.
Viscous, viscount, load and broad,
Toward, to forward, to reward.

And your pronunciation’s OK
When you correctly say croquet,
Rounded, wounded, grieve and sieve,
Friend and fiend, alive and live.
Ivy, privy, famous; clamour
And enamour rhyme with hammer.
River, rival, tomb, bomb, comb,
Doll and roll and some and home.

Stranger does not rhyme with anger,
Neither does devour with clangour.
Souls but foul, haunt but aunt,
Font, front, wont, want, grand, and grant,
Shoes, goes, does. Now first say finger,
And then singer, ginger, linger,
Real, zeal, mauve, gauze, gouge and gauge,
Marriage, foliage, mirage, and age.

Query does not rhyme with very,
Nor does fury sound like bury.
Dost, lost, post and doth, cloth, loth.
Job, nob, bosom, transom, oath.

Though the differences seem little,
We say actual but victual.
Refer does not rhyme with deafer.
Fe0ffer does, and zephyr, heifer.
Mint, pint, senate and sedate;
Dull, bull, and George ate late.
Scenic, Arabic, Pacific,
Science, conscience, scientific.
Liberty, library, heave and heaven,
Rachel, ache, moustache, eleven.

We say hallowed, but allowed,
People, leopard, towed, but vowed.

Mark the differences, moreover,
Between mover, cover, clover;
Leeches, breeches, wise, precise,
Chalice, but police and lice;
Camel, constable, unstable,
Principle, disciple, label.
Petal, panel, and canal,
Wait, surprise, plait, promise, pal.
Worm and storm, chaise, chaos, chair,
Senator, spectator, mayor.
Tour, but our and succour, four.
Gas, alas, and Arkansas.
Sea, idea, Korea, area,
Psalm, Maria, but malaria.
Youth, south, southern, cleanse and clean.
Doctrine, turpentine, marine.
Compare alien with Italian,
Dandelion and battalion.
Sally with ally, yea, ye,
Eye, I, ay, aye, whey, and key.
Say aver, but ever, fever,
Neither, leisure, skein, deceiver.
Heron, granary, canary.
Crevice and device and aerie.
Face, but preface, not efface.
Phlegm, phlegmatic, ass, glass, bass.
Large, but target, gin, give, verging,
Ought, out, joust and scour, scourging.
Ear, but earn and wear and tear
Do not rhyme with here but ere.
Seven is right, but so is even,
Hyphen, roughen, nephew Stephen,
Monkey, donkey, Turk and jerk,
Ask, grasp, wasp, and cork and work.

Pronunciation (think of Psyche!)
Is a paling stout and spikey?
Won’t it make you lose your wits,
Writing groats and saying grits?
It’s a dark abyss or tunnel:
Strewn with stones, stowed, solace, gunwale,
Islington and Isle of Wight,
Housewife, verdict and indict.
Finally, which rhymes with enough,
Though, through, plough, or dough, or cough?
Hiccough has the sound of cup.
My advice is to give up!!!!!

Source: thepoke.co.uk

Saturday, October 1, 2016

Through My Eyes

Anak Malaysia Sampaikan Mesej Islamik Pada Pertandingan Festival Filem Pelajar Di White House.

"Through My Eyes"
(WHITE HOUSE FILM FESTIVAL 2016) https://youtu.be/qQmaSvn4Kms via @YouTube

Pengalaman menyarungkan hijab di negara bukan islam seperti di Amerika kadang-kala menimbulkan tanggapan kurang enak di mata masyarakat tempatan. Ini mendorong Nur Nashrah Mohd Reza mengambil peluang menyertai pertandingan festival filem di White House kali ini.

Dengan tema “What kind of world do you want to live in?”, anak kelahiran Malaysia berusia 15 tahun mewakili Greeley West High School ini diberi peluang menghasilkan video selama 3 minit.

Berjudul ‘Through My Eyes’ video ini seolah-olah bercerita mengenai tanggapan yang kurang enak terhadap orang islam terutama wanita berhijab.

Q TIME

Ditanya bilakah masa yang sangat bermakna pada saya dan isteri?

Jawapannya adalah apabila dapat bersama menghabiskan masa dengan keluarga. Walaupun penat, tapi hati puas dengan kehadiran mereka.

Maaf kerana banyak gambar masa makan sahaja. Sebenarnya makan adalah masa yang terbaik dan mudah untuk mengumpulkan keluarga. Cakap saja nak ajak makan pasti mudah untuk penuhkan korum hahahaha...