Friday, September 30, 2016

EARLY VS LATE

Apa yang nak dibuat kalau kita lewat datang ke majlis? Kalau VVIP tak apalah sebab mereka akan tunggu kita. Kalau bukan VVIP buat muka tak malu sajalah atau pusing tempat lain terus balik hahaha...

Tapi kalau sampai awal pulak apa nak buat?. Duduklah menunggu. Huhuhu.....

Kes hari ini sampai terlalu awal pulak...

Media Night KKR 2016 KUCHING

Malam MEDIA KKR 2016 berlangsung di Kuching. Malam ini beberapa anugerah akan diberi kepada pengamal media si Sarawak sebagai penghargaan kelada media. Hubungan erat antara KKR dan media pastikan berita yang tepat disampaikan

Masih berdua....

Ambil angin sekitar hotel....
Kuching waterfront?  Sudah selalu pergi...
Nak naik bot?  Masa pulak tiada....
Kek lapis? Dalam peti ais banyak lagi..
Terubuk masin? Takut darah tinggi..
Seafood? Takut gout hehehe...

Aiskrim Gula Apong

Dah berapa kali datang Kuching, baru pertama kali merasa aiskrim gula apong ni. Selalu dengar orang cerita sahaja, katanya tempat mesti singgah dan makanan mesti rasa kalau ke Kuching.

Harganya berbaloi, yg macam gambar ni RM5.00 sahaja. Boleh makan berdua. Tapi sebenarnya seorang pun boleh habiskan...
Yang sais kecil sedikit dalam cawan RM2.00 sahaja.

Gula Apong? Ianya adalah gula nipah, kalau tempat kita macam gula kabonglah...

Thursday, September 29, 2016

Jangan cepat putus asa....

Teruskanlah berusaha, jangan cepat berputus asa. Pasti di hadapan ada kejayaan. Kalau kita mudah berputus asa yang pasti kejayaan itu tidak akan kita kecapi.

Pilihan menu kesihatan....

Kali ni nak kongsi pelbagai cadangan menu untuk kesihatan diri. Semoga berguna untuk kita semua.

Kredit kepada pakar kita Nurfarahin Farhan.

https://www.facebook.com/nurfarahinfarhan/

Berdua lagi...

Selagi ada masa mengizinkan tetap akan berdua. Insya Allah.

Wednesday, September 28, 2016

JAGA DIRI SENDIRI...

Jaga diri dan personaliti untuk kebahagiaan sendiri.

*1*. Jangan membandingkan hidup kita dengan orang lain karena kita tidak pernah tahu apa yg telah mereka lalui.

*2.* Jangan berfikir negatif akan hal2 yang berada diluar kendali kita, melainkan salurkan energi kita menuju kehidupan yang dijalani saat ini, secara positif.

*3.* Jangan bekerja terlalu keras, jangan lewati batasan diri kita.

*4*. Jangan memaksa diri Anda untuk selalu sempurna, tidak ada satu orang pun yg sempurna.

*5.* Jangan membuang waktu kita yang berharga untuk gosip.

*6*. Bermimpilah saat anda bangun (bukan saat tertidur).

*7*. Iri hati membuang waktu, kita sudah memiliki semua keinginan kita.

*8*. Lupakan masa lalu. Jangan mengungkit kesalahan pasangan kita di masa lalu. Hal itu akan merosak kebahagiaan saat ini.

*9.* Hidup terlalu singkat untuk membenci siapapun itu. Jangan membenci.

*10*. Berdamailah dengan masa lalu kita agar hal tersebut tidak menganggu masa ini.

*11*. Tidak ada seorang pun yang bertanggung jawab atas kebahagiaan kita kecuali kita sendiri.

*12*. Sedari bahwa hidup adalah sekolah, dan kita berada di sini sebagai pelajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum yang datang dan pergi seperti kelas aljabar (matematik) tetapi, pelajaran yang kita dapat bertahan seumur hidup.

*13*. Senyumlah dan tertawalah.

*14*. Anda tidak dapat selalu menang dalam perbezaan pendapat. Belajarlah menerima kekalahan.

**********&&&&&&&&&&&&***************

Maal Hijrah tak lama lagi...

Bunga teratai terikat rapi,
Lama dipandang indah sekali,
Maal Hijrah 1438 tinggal 2 hari lagi,
Selamat menyambut Maal Hijrah 1438 moga dirahmati....🌜🔭 😇😇😇

✅ Dosa Jangan di ➕
✅ Amal Jangan di ➖
✅ Cinta Jangan di ➗
✅ Hidup hanya 1  ❌

🔳 Gugur Bunga 🌻 kerana layu 🌟
🔳 Gugur Iman 💗 kerana Nafsu  🌟
🔳 Gugur Cinta 💘 kerana Cemburu 🌟
🔳 Tertawa 😄 kerana Bahagia 🌟
🔳 Menangis 😭 kerana Derita 🌟
🔳 Bertaubat kerana Dosa 🌟
🔳 Beribadah kerana Takwa 🌟
🔳 Hidup tanpa Cinta pasti Hampa 🌟
🔳 Hidup gila Harta pasti Celaka 🌟
🔳 Hidup penuh Dosa akan ke Neraka 🌟
🔳 Hidup Bersyukur dengan apa adanya 🌟
🔳 InsyaAllah akan Bahagia 🌟

🍀 *BIAR putus cinta dengan MANUSIA tetapi JANGAN putus cinta  dengan ALLAH* 🍀

🌟 *Subhanallah*
🌝 *Alhamdulillah*
🌤 *Laa ilaaha illallah*
🌏 *Allah hu akbar*

*Walaa hawlawalaa quwwata illaa billaa hil 'aliy yil 'aziim.*...

SELALU TIDAK NAMPAK ALLAH...

_*```KITA TAK NAMPAK الله??```*_

*```Bila الله sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله .```*

*```Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.```*

*```Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat الله dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari الله hidup untuk الله dan balik kepada الله.```*

Hanya Ada Dua Sahaja....

Assalamualaikum.

Pesanan untuk diri sendiri dan sahabat2

*HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :*

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

*HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN:*

1. Hidup dalam keredhaan Allah.
2. Hidup dalam kemurkaan Allah.

*HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:*

1. Kekal didalam Neraka.
2. Kekal didalam Syurga.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Sentiasa dipermudahkan segala urusan. Sentiasa dimurahkan rezeki. Sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Aamiin...

Hanya Ada Tiga Hari sahaja....

Peringatan kepada diri sendiri dan sahabat2.

*Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari...*

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Sentiasa dipermudahkan segala urusan. Sentiasa dimurahkan rezeki. Sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Kekenyangan VS Kelaparan

Kita di sini amat mewah dengan makanan. Sebut apa sahaja kita boleh mendapatkannya. Selalunya ikut nafsu dan ada pembaziran. Boleh dapatkannya di tempat paling santai di gerai tepi jalan hinggalah di restoren eksklusif dan hotel berbintang.

Tidak hairanlah obesiti meningkat dan pelbagai penyakit datang melanda.

Sedangkan di sesetengah tempat yang lain, mencari makanan macam nak mencari emas dalam longgokan pasir. Nak lepaskan kelaparan melampau pun tak terdaya.

Fikirkanlah...

Tuesday, September 27, 2016

RT paling banyak pernah diperolehi...

Sudah lama juga berkecimpung dalam media sosial. Baru-baru ini tweet saya mengenai berita pelajar Nurul Nabilah menjadi pelajar keenam terbaik dunia telah mendapat 3,060 retweet dgn total engagement 30,800.  Ia satu pencapaian tertinggi pernah berlaku. Ia real bukan tipu....

Monday, September 26, 2016

Happiness defines.....

Kebahagian adalah terletak pada sikap kita, bukan apa yang kita punyai.

Ada orang yang mempunyai segalanya tetapi masihbtetap tidak bahagia. Manakala ada orang yang merasa bahagia walaupun tidak mempunyai apa-apa.

We are human

Its OK to make a mistake because we are human. But we must learn from our mistake and change. Don't repeat the same mistake.

ADAKAH ESOK MASIH CERAH?

Meninjau dari jendelaku dipagi yang cerah memberi kesedaran kepada ku betapa maha berkuasanya Allah yang menjadikan alam ini.

Setiap pagi tanpa gagal matahari akan memunculkan dirinya dan tanpa gagal di waktu senja akan menghilangkan diri dari pandangan.

Tanpa gagal akan menyinarkan cahaya kepada seluruh muka bumi, memberi kehidupan dan kepanasan.

Ianya percuma tanpa perlu dibayar

TAPI, adakah esok masih cerah?

Air Hitam atau Ayer Hitam

Tempat ni terkenal masa dulu dengan barang-barang tembikar dan barang-barang perkahwinan. Setiap minggu ramailah yang datang ke sini mencari barang tersebut sebagai persiapan perkahwinan.

Tapi sejak Nilai 3 dibuka, tempat ini seperti kehilangan pelanggan. Bilangan pengunjung semakin berkurangan. Kami pengunjung setia jika ada kerja di selatan tanah air. Sekurang-kurangnya singgah beli buah pun sudah memadai.

Eratkan Persaudaraan

Lama tak jumpa. Apabila ada kesempatan saya dan isteri usaha juga untuk singgah di Segamat. Alhamdulillah rezeki kami untuk berjumpa dengan Tuan Hj Adan. Muka-mula ingat tak ada orang kerana rumah tutup sahaja.

Kerana lama tak jumpa macam-macam boraknya. Pengalaman menunaikan haji pada tahun yang sama (2009). Anak beliau bertugas di IPD Sepang. Jadi kadang ronda sampai kawasan rumah kami.

Moga ada rezeki untuk jumpa lagi.