Monday, September 15, 2014

Makan Malam di Jeram

Hari minggu semalam kami balik ziarah ibu di Sekinchan.  Lama tak balik. Last jumpa pada hari raya pertama.

Balik dari sekinchan sudah petang.  Kami singgah di Pantai Remis Jeram untuk makan malam.

Makan malam di Medan Ikan Bakar Jeram tepi laut sambil menikmati sunset.

Kami pilih sendiri makanan malam tu dulu dapat nombor barubduduk kat meja untuk order nasi minuman dan sayur2an.

Menu kami malam tu ialah ketam sweet sour, udang butter dan sotong goreng tepung. Sayur kami pilih kailan dan cendawan tumis.

Makan utk tiga orang RM72. Boleh tahan juga harganya.

Dari 10 boleh bagi markah 6 untuk rasanya dan markah  7 untuk harganya.

AlFatihah Untuk Bapa Angkat

Bapa angkat saya semasa kursus DPA INTAN tahun 1982 modul penempatan kampung telah kembali kerahmatullah pada 9 September 2014.

Dapat berita lewat jadi saya dan isteri bergegas ke Chamek Kluang pada 10 September 2014.

Walau bagaimanapun tak sempat jumpa jenazah kerana telah dikebumikan sebelah pagi.

Didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Menemankan anak temuduga

Hari ini ambil cuti untuk berehat sempena hari Malaysia yg akan disambut esok.

Sementara tiada apa2 kerja di rumah,  datang ke BBB utk temankan anak yg temuduga jawatan di satu syarikat Stenta Films (Sdn Bhd).

Moga2 beliau berjaya.