Saturday, October 25, 2014

South City Plaza

Memang banyak mall yang dibina di Lembah Klang. Walaubagaimana pun, tidak semua mall yang mendapat sambutan. Salah satu mall yang suram adalah South City Plaza.

Kalau nak dibandingkan dengan The Mines, sangat jauh bezanya. Kat mall ini mula-mula dulu agak meriah dengan kedai yang dibuka banyak. Namun sekarang ini lebih separuh kedai sudah ditutup.

Namun pasaraya Giant masih kekal bertahan. Apa yang banyak di sini adalah kedai jualan barang-barang cina, teh, dan pakaian.

Ada beberapa kedai makan dan pusat urutan yang masih kekal disini.

Foot Reflexology

Urutan kaki satu cara untuk memastikan aliran darah berjalan seperti biasa. Mengikut kepercayaan rawatan ini datang dari China. Tetapi sekarang ini telah di amalkan oleh banyak bangsa.

Rawatan ini dikatakan boleh mengurangkan banyak penyakit kerana kalau kaki kita elok, semua penyakit kan hilang.

Pengalaman saya sendiri, pertama kali lakukan urutan kaki telah dapat sembuhkan sakit migraine yang telah lama dihidapi. Lepas lakukan urutan kaki ditambah dengan urutan badan, migraine saya telah sembuh. Alhamdulillah.

Sekarang ini sebulan dua sekali saya dan istei akan dapatkan rawatan urutan kaki untuk kekal sihat.

Friday, October 10, 2014

Service kereta di Perodua Putrajaya

Dah sampai masa kereta myvi utk diservice 20k km. Masih dapat free service lagi. Tapi kena bayar juga kerana ganti parts yang tak cover. Rabak juga RM200 utk alignment, balancing, auto oil,  gasket dll.

Monday, September 15, 2014

Makan Malam di Jeram

Hari minggu semalam kami balik ziarah ibu di Sekinchan.  Lama tak balik. Last jumpa pada hari raya pertama.

Balik dari sekinchan sudah petang.  Kami singgah di Pantai Remis Jeram untuk makan malam.

Makan malam di Medan Ikan Bakar Jeram tepi laut sambil menikmati sunset.

Kami pilih sendiri makanan malam tu dulu dapat nombor barubduduk kat meja untuk order nasi minuman dan sayur2an.

Menu kami malam tu ialah ketam sweet sour, udang butter dan sotong goreng tepung. Sayur kami pilih kailan dan cendawan tumis.

Makan utk tiga orang RM72. Boleh tahan juga harganya.

Dari 10 boleh bagi markah 6 untuk rasanya dan markah  7 untuk harganya.

AlFatihah Untuk Bapa Angkat

Bapa angkat saya semasa kursus DPA INTAN tahun 1982 modul penempatan kampung telah kembali kerahmatullah pada 9 September 2014.

Dapat berita lewat jadi saya dan isteri bergegas ke Chamek Kluang pada 10 September 2014.

Walau bagaimanapun tak sempat jumpa jenazah kerana telah dikebumikan sebelah pagi.

Didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Menemankan anak temuduga

Hari ini ambil cuti untuk berehat sempena hari Malaysia yg akan disambut esok.

Sementara tiada apa2 kerja di rumah,  datang ke BBB utk temankan anak yg temuduga jawatan di satu syarikat Stenta Films (Sdn Bhd).

Moga2 beliau berjaya.

Monday, July 21, 2014

KSU baru dah lapor diri

Hari ini 21 Julai 2014 berlaku pertukaran keppinan di Kementerian Kerja Raya di mana YBhg. Datuk Himmat Singh telah bertukar ke MPIC menggantikan Dato' Nurmala yang mula bercuti untuk bersara wajib.

YBhg. Dato' Zohari Hj Akob TKSU KETTHA telah dilantik sebagai KSU KKR yang baru.

Selamat datang. Semoga Dato' dapat memimpin KKR ke arah lebih cemerlang lagi.

Monday, March 31, 2014

Lawatan ke Beijing siri 2

Inilah kumpulan kami seramai 13 orang. Kali ini kami ke Forbiden City.





Sempatjuga snap orang kahwin. Ramai pula hari itu sesi bergambar pasangan pengantin.










Yang pakai topi itulah guide kami Encik Musa.





Sesak kerana ramai yang nak melawat.