Hari yang ditunggu telah pun tiba. Kami berlepas awal dari Dongyang untuk ke Nami Island - lokasi penggambaran Winter Sonata. Kata orang kalau tak kesana tak lengkap lawatan ke Korea... Naik bas dan keretapi...tapi kerana lambat sampai di stesyen keretapi, terpaksa beli tiket tanpa tempat duduk..hahaha..padan muka kami.
Sampai di stesyen keretapi punyalah ramai orang untuk ke pulau tersebut.
Kami kena naik teksi dulu untuk ke jeti - perjalanan lebih kurang 10 minit.
Di jeti kena tunggu lagi kerana ramai orang juga. Maklumlah sekarang ini musim panas dan cuti sekolah.
Dah sampai pun di Nami Island. Mana nak pegi dulu ni??