Wednesday, May 25, 2011
RUMAH BARU KAMI
Kami sekeluarga mencari rumah baru untuk menjadi tempat kediaman semasa bersara nanti. Setelah puas mencari di merata tempat kami jumpa rumah ini di Taman Arked Dengkil sebelah dengan Paya Indah Wetland...
Setelah berbincang sekeluarga kami memutuskan untuk membeli rumah ini kerana ianya satu tingkat, mempunyai tanah yang luas iaitu 7,600 kaki persegi dan tidak mengadap rumah orang lain serta rumah sudut (corner lot). Suasana di taman ini juga agak tenteram.
Proses untuk membeli tidak memakan masa yang panjang. Yang lama sedikit adalah proses tukar nama dan gadaian. Kami beli dengan membuat pinjaman perumahan kerajaan. Harga berapa?....... Tidaklah mahal sangat. Cukup-cukup loan kerajaan sahaja...Cuma RM26X,XXX.
Memandangkan rumah ini kecil sahaja iaitu sekitar 1,000 kp - Tiga bilik, satu ruang tamu dan ruang makan serta dapur yang kecil. Oleh itu kami putuskan untuk membuat sedikit ubahsuai sebelum berpindah.
Proses mereka bentuk pun bermulalah. Macam-macam cadangan dan idea telah diutarakan dan akhirnya kami setuju dengan rekabentuk ini:
Siapa design? Kalau nak tahu, ia direkabentuk oleh anak saya Hazreena Haziany bt Sarani dan suaminya Kamarul Zaman. Mereka graduan senibina di UiTM.
Setelah itu kami pun mula mencari kontraktor. Nasib baik ada rakan lama yang boleh beri harga berpatutan. Kami pun setuju dengan kos RM2XX,XXX.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rumah ni yg first2 masuk taman kita ni kan?da siap btul..cantik
ReplyDelete